Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat Kuat usaha jujur dan amanah Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa siapa kata kita tidak boleh kita ada Allah maha kuasa kita punya kuasa tenaga doa sebagai senjata umat islam sentiasa boleh
umat islam zaman lampau taat perintah Rasulullah bersama berusaha bersatu tujuan wawasan wawasan dunia dan akhirat
aqidah ibadah harus sempurna ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan ulama' warisan ambiya' pegangan mereka harus diikuti ajaran sesat wajib hindari umat islam harus cemerlang hari ini umat islam sentiasa boleh
Email yang ringkas dari sahabat saya, tentang syukur & sabar...terima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa online dan menaip email ini untuk saya dalam kepayahan..melayan kerenah saya yang banyak tanya...really appreciate it...;)
"erm...pasal sabar n syukur..
lbih kurang mcm ni la:
biasanye bila kita ditimpa musibah (eg: kehilangan harta @ nyawa) kita akan bersabar..
& bila kita dikurnia/dilimpah rezki (eg: dapat duit / naik pangkat) kita akan bersyukur...
tapi sepatutnya:
bila ditimpa musibah, di samping bersabar, kita kne bersyukur sgt2, sbb kalau kita imbas balik apa yg ALLAH bagi kt kte selama kita hidup dari kecik sampai la skrang ni mmg berMacaM-mAcAm-maCam nikmat dah ALLAH bagi...kalo nak kire mmg tak dpt nk kire... La in syakartum la azi dannakum...
bila kita dikurnia/dilimpah nikmat/rezki, disamping bersyukur, kte kne byk bersabar, sbb klo kita tngok balik...ramai yg bila naik pangkat ke....dpat duit banyak ke... diorg tak dpat nk kawal nafsu diorg...maknanye buat ape2 yg diorg suka dgn pangkat@duit yg diorg ade...smpi melanggar syariat ALLAH.... e.i: diorang tak sabar dengan dugaan/ujian(kekayaan harta/pangkat) yg diberi...
mcm tu la lebih dan kurangnya.... =)...
ALLAH tak pernah menzalimi hambaNya & tak akan pernah mengecewakan hambaNya.... dan ALLAH tak akan uji hambanya melainkan mengikut kemampuan hambaNya... La yukallifuLLAHu nafsan illa wus'aha...
soalan UPSR > utk pelajar darjah 6
soalan PMR > utk pelajar form 3
soalan SPM > utk pelajar form 5
rasenye blum prnah dgar lagi ade kes pelajar darjah 6 tersilap diberi soklan SPM..
yg tu kite nampak sistem yg mnusia buat...xde ksilapan semacam tu..
inikan lagi ALLAH... Yg Maha Sempurna... Yg Maha Adil... Yg Maha Bijaksana..
xkan la ALLAH nk bg bnde yg x mampu kte tanggung....kn? :)"
Moga tak lupa untuk syukur ketika kita diuji dan moga kita tak lupa untuk sabar ketika nikmat Tuhan melimpah....Amin~
Kali pertama jatuh cinta pada roti arab masa iftar di rumah Puan Hasni bersama junior matrik ramadhan yang lalu. Ada juga bertanya resepi pada Puan Hasni. Kot-kot nanti teringin makan, boleh buat sendiri kan..
Saya sebenarnya dah beberapa hari teringat pada roti arab. Nak buat ikut resepi Puan Hasni, tapi dah tak ingat. Huhu. Petang tadi, kebetulan mak dan ayah keluar beli barang-barang untuk berniaga. Tak tau nak tanya pada siapa, jadi dengan segera saya bertanya kepada En. Google. Senang. Cepat. Nasib baik semua bahan yang diperlukan ada. Sorang-sorang kat dapur dan buat roti ni..
Ini hasilnya.....tadaaaaaa...... (macam cekodok je...hehe...bkn ye..ini roti arab hasil tangan saya yang tak seni)
Saja nak share resepinya :)
Bahan-bahan:
1 peket (11gm) yis mauripan
1 Sb gula
1/4 cawan air
500 gm tepung gandum
1 sk garam
1 sb gula
2 sb marjerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak utk menggoreng
Air secukupnya -masukkan sikit -sikit
Cara-cara
Masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
Kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.
Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
Tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
Selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.
Bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
Alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.
*Sedang saya mencari buku-buku didalam kotak buku saya malam tadi kerana ada junior yang ingin memeinjam buku. Saya terjumpa helaian kertas yang pernah diberikan naqibah usrah saya. Menarik untuk kita hayati.
PERKENANKANLAH AKU MENCINTAIMU SEMAMPUKU
Ya Allah, Ya Tuhanku
Perkenankan aku mencintaiMu semampuku
Tuhanku
Aku masih ingat saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu
Lembar demi lembar kitab kupelajari
Untai demi untai kata-kata para ustaz kuresapi
Tentang cinta para nabi
Tentang kisah para sahabat
Tentang mahabbah para sufi
Tentang kerinduan para syuhada
Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan idealisme yang mengawang di awan
Tapi Rabbi
Berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan kemudian tahun berlalu
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama
Tapi aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu
Aku makin merasakan gelisahku membadai
Dalam cita yang mengawang
Sedang kakiku mengambang tidak menjejak bumi
Hingga aku terhempas dalam jurang nan kegelapan
Wahai Ilahi
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun berlalu
Aku cuba merangkak, mengapai permukaan bumi
Dan menegakkan jiwaku kembali
Menatap, memohon dan menghibaMu
Allahu Rahim, Ilahi rabbi
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku
Perkenankanlah aku mencintaiMu sebisaku
Dengan segala kelemahanku
Ilahi
Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan kesabaran Nabi Ayub, Musa, Isa hingga Al-Mustafa
Kerana itu izinkanlah aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadku
Atas sakit dan ketakutanku
Rabbi
Aku tak mampu mencintaiMu seperti Abu Bakar
Yang menyedekahkan seluruh hartanya
Dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga
Atau layaknya menjadi Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad
Atau Uthman yang menyerahkan 1000 ekor unta untuk syiarkan DeenMu
Jua seperti Ali dengan semangat kepahlawanannya
Maka Ya Allah
Izinkan aku mencintaiMu
Melalui seratus dua ratus perak yang terhulur
Pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan
Pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di tepi-tepi jambatan
Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan
Ilahi
Aku tak mampu mencintaiMu
Dengan kusyuknya solat salah seorang sahabat NabiMu
Hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya
Kerana itu Ya Allah
Perkenankanlah aku bertatih menggapai cintaMu
Dalam solat yang cuba kudirikan teragak-agak
Meski ingatan kadang melayang ke pelbagai permasalahan dunia
Rabbi
Aku tak dapat beribadah ala para sufi rahib
Yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu
Maka izinkanlah aku untuk mencintaiMu dalam satu dua rakaat lailku
Dalam satu dua sunnah nafilahMu
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku
Ya Maha Rahman
Aku tak mampu mencintaiMu
Bagai para alhafiz dan hafizah
Yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam
Dari itu
Perkenankanlah aku mencintaiMu
Melalui selembar dua lembar tilawah harianku
Lewat lantunan seayat dua ayat hafazanku
Ya Rahim
Aku tak mampu mencintaiMu semisal Sumaiyah
Yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DeenMu
Seandainya para syuhada yang menjual dirinya dalam jihad
Maka perkenankanlah aku mencintaiMu
Dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu
Maka izinkanlah aku mencintaiMu semampuku
Dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru
Allahu Karim
Aku tak mampu mencintaiMu di atas segalanya
Bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putera dan zaujauhnya
Dan patuh mengorbankan pemuda penyejuk matanya
Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya
Izinkan aku mencintaiMu
Dengan mencintai keluargaku
Dengan mencintai sahabat-sahabatku
Dengan mencintai manusia dan alam seluruhnya
Allahu Rahman Ilahi Rabbi
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku
Agar cinta itu mengalun dalam jiwa
Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku selamanya...
Dato' Naib Canselor merasmikan tapak pameran dan bazaar jualan
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kerana masih diberi ruang dan peluang untuk terus hidup meneruskan kehidupan sebagai hamba. Dan syukur juga kerana akhirnya program Student Carnival 2010 (KARSIS ’10) telah melabuhkan tirainya pada hari Ahad yang lalu setelah semua jawatankuasa berkerja keras sepanjang memainkan peranan masing-masing sepanjang cuti semester yang lepas.
Menceritakan pengalaman sepanjang gerak kerja KARSIS ’10, semetinya terlalu banyak pahit dan manis yang telah dilalui. Secara jujurnya, saya tidaklah begitu bersedia apabila saya ditaklifkan untuk menjadi pengarah program. Namun, setelah mendapat sokongan dari sahabat-sahabat yang lain, saya menyahut cabaran itu. Dan semestinya, menjadi pengarah wanita bukanlah mudah.
Berbekalkan pengalaman yang hanya sedikit jika dibanding dengan sahabat yang lain, saya mengambil ianya sebagai satu medan untuk saya menambah pengalaman dan membaiki diri. Tunjuk ajar dari sahabat-sahabat amatlah membantu sepanjang menjayakan program. Terutamanya buat Najwa, Tikah, Siti Mar, Syu, Hazimin, Hanif dan sahabat-sahabat lain yang sentiasa memberi semangat, bersama semasa susah dan senang.
Secara peribadinya, saya berpuas hati sepanjang program berlangsung. Walaupun ada kesilapan-kesilapan kecil yang berlaku, namun ianya adalah pengalaman yang berharga dan berguna pada masa akan datang. Kehadiran insan-insan hebat sepanjang program berlangsung sedikit sebanyak menyuntik semangat dan motivasi untuk terus memperbaiki diri.
Barisan sahabat-sahabat MPP dan jawatankuasa pelaksana bersama Ustaz Syaari Abdul Rahman
Bersama sahabat-sahabat dari Syariah Law Club dan Prof. Dr. Azmi Sharom semasa Ceramah Pindaan AUKU
"Kita tidak akan tahu sejauh mana kita mampu bergerak sekiranya kita tidak memahami undang-undang yang telah ditetapkan"
Saudari Nurul Syuhadah Shuib. Sangat bersemangat beliau berkongsi. Bicara Wanita "Siswi Disebalik Kegemilangan Sesebuah Universiti: Peranan dan Cabaran"
Insan-insan kesayangan yang sentiasa memberi bantuan, bersama susah dan senang.
~Kata Bapak Nathir: Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah,menonjol dikalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.
~Kata K. Nurul: Pelajari ilmu 'pengalaman'. Ianya tidak akan kita temui dalam ruang kelas yang formal melainkan dengan melaluinya sendiri.
Ramai yang masih berdebar-debar untuk melihat keputusan peperiksaan semester lepas. Bagi yang sudah mengetahui keputusan, ada yang tersenyum gembira kerana mendapat keputusan yang cemerlang dan tidak kurang juga yang bermuram durja kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang baru diperolehi.
Bagi saya, wajib untuk mensyukuri apa yang diperolehi kerana itulah yang terbaik untuk kita. Itulah yang setimpal dengan apa yang kita usahakan. Bagi yang telah berusaha gigih, namun masih tidak dapat mencapai target yang telah ditetapkan, ketahuilahnilaian ilmu itu tidak dapat diukur dengan hanya melihat nilai PNGK yang tertulis di atas kertas.
Apalah gunanya PNGK melambung tinggi, namun ilmu yang lekat di hati untuk diamal tidak standing dengan nilai PNGK yang diterima. Kita belajar bukanlah beroriantasikan peperiksaan semata. Kita belajar kerana wajib ke atas kita selaku muslim untuk menuntut ilmu. Tidak dinafikan PNGK merupakan perkara yang penting, namun PNGK bukanlah segala-galanya. Itu yang perlu dan harus kita sedari dan fahami.
p/s: Mensyukuri apa yang Allah kurniakan. Masih perlu banyak belajar. Kerana semakin banyak kita terokai, semakin banyak yang kita tidak ketahui. Ilmu Allah itu maha luas...Allahuakbar~
HASAN BASRI pada zaman mudanya, kelihatan bagus dan tampan, lebih-lebih apabila memakai pakaian mahal. Beliau sering berjalan-jalan sekeliling kampung di kota Basrah kerana sangat senang berdasarkan keindahan dan ramainya penduduk tinggal di kota itu.
Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau melihat seorang wanita cantik.
Melihat wanita cantik itu. Hasan berjalan mengikutinya. Wanita itu menoleh, sambil berkata kepadanya: “Apakah engkau tidak malu?”
Jawab Hasan: ”Malu pada siapa?” Wanita itu berkata. “Malu kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam hati.”
Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya, akhirnya ia terus mengikuti di belakang wanita itu.
Wanita itu berkata lagi kepadanya: “Mengapa engkau mengikuti aku?” Jawab Hasan: “Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu.” Wanita itu berkata: “Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang engkau kehendaki.”
Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.
Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita cantik itu kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan.
Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu ada di dalamnya. Melihat hal sedemikian, maka pelayan terbabit berkata. “Sungguh tuan puteri berkata: “Aku tidak ingin mata yang memuatkan fitnah dan mempesonakan orang.”
Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata kepada dirinya: ”Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu terhadap wanita cantik itu.”
Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan menangis semalaman. Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk meminta maaf segala kesalahannya.
Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara tangisani wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa yang berlaku.
Dikatakan bahawa pemilik rumah itu meninggal. Hasan kembali ke rumahnya dan menangis selama tiga hari.
Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang berada di dalam syurga.
Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya. “Hai wanita yang cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku.”
Jawab wanita itu. “Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau.” Hasan berkata, “Berikanlah kepadaku akan nasihatmu.”
“Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya.” kata wanita berkenaan.
Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan hingga dia menjadi orang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhud dan taatnya kepada Allah.
Akhirnya, dia pun memperoleh darjat tinggi dan mulia serta menjadi seorang wali dan kekasih Allah.
*Allah tidak memandang kepada paras rupa, tetapimelihat kepada hati dan amalan... tidak ada beza seseorang di sisi Allah kecuali iman dan taqwa.