~Perjalanan Kehidupan~
Perjalanan seorang hamba menuju pencerahan... Ya Allah, tunjukanlah aku jalan yang benar untuk aku menuju redha-Mu...
Tuesday, July 31, 2012
Aturan Kehidupan
DIA mengatur yang terbaik.
Kala aku menangis sendiri,
Saat aku tersenyum bahagia,
Tika aku diam tidak mampu untuk berkata-kata,
Aku yakini, semua yang berlaku tidak sia-sia.
Aku HAMBA.
Sedang DIA pencipta.
Masakan DIA sengaja.
Pasti ada hikmah disebalik aturan-Nya.
PASTI~
~RAMADHAN...moga jadi medan untuk lebih kenal diri dan pencipta.
p/s: "Akalili, dalam setiap apa yang kau buat. Kau tanya diri sendiri. ALLAH redha tak apa yang kau buat?"- Aziemah Othman
Friday, December 30, 2011
Dia Sangat Baik!
aku ada urusan dan perlu ke bank.
"Tak apa meh. I memang nak pergi sana", kata dia.
"Sudah lewat malam, tak apa, I ambil You di stesen lrt", kata dia kepada rakan sebilik aku, Naquiah. Bila menolak, dia akan kata dia sudah dalam perjalanan untuk ambil di stesen lrt.
Wednesday, December 21, 2011
Rojak
Monday, November 21, 2011
Ujian~
Ya. Aku sedang diuji.
Wednesday, March 30, 2011
Jika Terakhir Buatku - Saujana
Thursday, February 3, 2011
Termenung
“Tapi mak kurang setuju. Sebab seorang ibu mengurus sepuluh anak yang kecil. Yang boleh dimarah kalau tak faham bahasa, boleh dirotan bila degil. Sedangkan seorang anak tak boleh marah apabila menjaga seorang ibu. Perlukan kesabaran yang tinggi.” Mak menyambung ayat.
Aku mengiyakan di dalam hati. Menjaga ibu dan ayah yang telah berusia memerlukan kesabaran yang sangat tinggi, tak semua orang mampu bertahan. Kerana aku dibesarkan dalam keadaan itu. Ayah pulang ke kampung dan tinggal bersama arwah atuk semata-mata kerana nak menjaga arwah atuk. Tanggungjawab anak lelaki sulung dalam keluarga. Dan menjaga seorang ayah yang tua, tak semudah ayah menjaga kami sebagai anak-anak. Kami semakin hari semakin berakal. Semakin besar. Semakin bijak menilai. Sedangkan menjaga seorang ayah yang tua, semakin hari semakin banyak perkara yang terlupa. Semakin hari kesihatan semakin tidak mengizinkan. Semakin hari semakin menguji kesabaran seorang anak yang menjaganya. Sungguh.
Selesai solat maghrib tadi, lama saya termenung di tikar sejadah. Memikirkan semula kata-kata mak ketika makan tengahari tadi. Mak dan ayah semakin meningkat usia. Semakin tidak berdaya. Apakah aku mampu menjadi seperti mereka. Menjadi manusia sesabar dan setabah mereka. Berbakti kepada mak dan ayah mereka sehingga ke hembusan nafas terakhir.
Allahurabbi, jadikan aku anak yang solehah. Moga aku sempat menabur bakti buat mereka. Amin.
Saturday, January 15, 2011
Sebulan berlalu~
Sudah sebulan menjalankan praktikal sebagai accounts assistant di Bandar Utama Development Sdn. Bhd. Baru balik dari Shah Alam beli kain pasang di Jakel, untuk menjayakan misi belajar menjahit. Cewah. Konon. Heh. Tapi memang nak belajar. Dapat jahit baju sendiri pun kira ok la kn..errr...lari dari topik asal. Ok, entry ini sempena sebulan berpraktikal:
1. Akaun memerlukan sistem yang teratur. Tak boleh kacau bilau. Nanti akan jadi kelam kabut. Garis panduan yang diberi, perlu diikut supaya tak susah dikemudian hari. Maksudnya, bila auditor datang buat audit di company kita, takdelah kita gelabah dokumen ntah ke mana, akaun salah dan macam-macam lagi masalah lain yang boleh menyebabkan auditor issue qualified audit report.
Pengajaran:
Allah telah berikan garis panduan. Syariat. Yang telah jelas dalam Quran dan Sunnah. Itulah yang kita perlu fahami dan taati. Supaya nanti, bila tiba hari perhitungan, kita di ‘audit’ dihari pembalasan, tidaklah kita dilaknat, dicampakkan ke dalam neraka.
2. Berada di company Chinese, mula merindui Islamic environment. Sungguh. Nak rasa environment tu masa sekarang, memang tak la kan.
Pengajaran:
Tapi bila fikir semula, Islamic environment tu bermula dalam diri sendiri sebenarnya. Kalau dah memang dalam hati sentiasa Islamic, biar dicampak ke mana pun, kita akan boleh hidup. Kita tak akan terpengaruh dengan budaya yang tak baik, bahkan kita yang akan memulakan Islamic di situ. Bak kata orang...jadilah ikan yang hidup di laut. Biar persekitarannya masin, tapi tetap tak larut dek rasa masin tu”...emm...Allah, doa sungguh-sungguh aku tergolong dalam golongan itu. Amin.
Ok, undur diri dulu. Mau makan. Lapar tahap maksimum. Nanti sambung lagi, Insyaallah...Sebelum tu, jom kita teliti terjemahan surah baqarah ayat 282 yang berkait rapat dengan kehidupan seorang manusia yang bergelar AKAUNTAN.
“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan Dengan hutang piutang Yang diberi tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya Dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang Yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu Dengan jelas). dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. kemudian jika orang Yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya Dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang Yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika Yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan Yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh Yang seorang lagi. dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang Yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai Yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. dan kalau kamu melakukan (Apa Yang dilarang itu), maka Sesungguhnya Yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) Yang ada pada kamu. oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
Sunday, December 26, 2010
Karisma 2010~
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah
umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh
umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat
aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari
umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia......
Friday, December 24, 2010
Syukur & Sabar
Wednesday, December 15, 2010
Episod Roti Arab
(macam cekodok je...hehe...bkn ye..ini roti arab hasil tangan saya yang tak seni)
Saja nak share resepinya :)
Bahan-bahan:
- 1 peket (11gm) yis mauripan
- 1 Sb gula
- 1/4 cawan air
- 500 gm tepung gandum
- 1 sk garam
- 1 sb gula
- 2 sb marjerin @ mentega
- 200 ml susu cair
- minyak utk menggoreng
- Air secukupnya -masukkan sikit -sikit
Cara-cara
- Masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
- Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
- Kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.
- Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
- Tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
- Selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
- Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.
- Bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
- Alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.
- Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging. SELAMAT MENCUBA..!