Friday, December 30, 2011

Dia Sangat Baik!



"You mau pergi mana? I boleh hantar. Nanti I hantar You balik rumah", kata dia bila dia tahu
aku ada urusan dan perlu ke bank.

"Eh, takpe. I boleh pergi jalan kaki saja after kerja", aku senyum menghargai pelawaan dia.

"Tak apa meh. I memang nak pergi sana", kata dia.

Itu memang kebiasaan. Dia akan mengatakan begitu sekiranya tahu aku perlu ke mana-mana. Jika aku menolak, dia akan kata dia memang akan ke tempat itu. Jadi, setiap kali aku tidak
dapat menolak.

"Sudah lewat malam, tak apa, I ambil You di stesen lrt", kata dia kepada rakan sebilik aku, Naquiah. Bila menolak, dia akan kata dia sudah dalam perjalanan untuk ambil di stesen lrt.

Dia memang begitu. Terlalu baik, selalu membantu bila diperlukan, tidak mengharap balasan. Selama setahun aku bekerja, dia juga tidak jemu dan kedekut berkongsi ilmu.

Ramadhan yang lalu, aku seperti kebiasaan akan memberitahu kepada dia sekiranya ingin ke surau untuk solat zuhur supaya bos aku tidak tercari-cari sekiranya aku hilang.



" I pun mau ikut You sembahyang", kata dia tiba-tiba. Hati aku tersentak. Allah. Aku hanya mampu berkata-kata dalam hati ketika itu. Ayat itu keluar dari mulut dia disebabkan oleh apa? Seriuskah? Atau sekadar untuk bergurau dengan aku pada waktu itu.

"Oh, You mau ikut. Tak apa, nanti kita buka puasa sama-sama dulu ya", aku senyum dan berlalu ke surau untuk solat. Panjang aku termenung sesudah solat zuhur kali itu. Seriuskah kata dia tadi? Jika sekadar bergurau, mengapa sampai terfikir untuk bergurau yang itu. Aku terfikir.

.......................................................................................................................

"K.nana, macam mana pula dengan non-muslim yang berbuat baik, tidak m
elakukan maksiat seperti yang dilarang dalam Islam, tidakkah amalan baik mereka dikira? Tanya seorang sahabat kepada naqibah kami semasa kami sedang berusrah di surau blok c3, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

"Adik-adik, apa akan jadi kalau kita masukkan duit ke akaun yang salah? Tanya K.nana kembali kepada kami. Semua memandang ke arah aku ketika itu kerana aku satu-satunya ahli usrah dari jurusan perakaunan.


"Errr...Duit tu hilang. Tak ada dalam akaun kita. Rugilah sebab termasuk akaun orang lain", aku menjawab dengan senyum kambing.


" Ya, macam itulah juga dalam kes ini. Walau sebanyak mana amalan yang non-muslim buat, ianya tidak dihitung sebagai pahala. Kan sayang tu, kita simpan duit banyak-banyak, tapi duit tu tak ada pun dalam akaun kita. Kita ingat kita dah 'kaya', rupanya kita masih tak ada apa-apa", panjang jawapan dari K.nana.

Aku teringat kembali perbincangan usrah kami lima tahun yang lalu.

....................................................................................................................................

"Nanti I akan sedih bila You tak ada", kata dia dengan wajah sedih berulang-ulang kali semenjak aku menghantar notis berhenti kerja.

"Ye ke You akan sedih bila I tak ada? Ke You sedih sebab nanti kerja You makin bertambah bila I tak ada?hehe", aku cuba melawak dengan dia seperti kebiasaan.

"Dua-dua pun I sedih..hehe", jawab dia dalam tawa.

~K.A.M.I~

Percubaan memakai selendang...huhu...^_^V


"Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman" Surah Al-an'am.

Allah, moga hidayahMu menjadi milik dia. Amin ya rabb.

Wednesday, December 21, 2011

Rojak

Salam buat semua...(tu pun kalau ada orang baca..sebab dah lama sangat tak update blog)

Akhir-akhir ini, banyak sangat perkara yang berlaku...ada yang gembira, ada yang sedih, ada menginsafkan dan macam-macam lagi..seperti tajuk entry..sangat rojak perasaan dalam hati ni..huhu

Bermula dengan yang gembira..
Alhamdulillah, selamat bergraduasi 3/12 yang lalu...dapat anugerah nadi negara dari wanita umno..(walaupun aku takde la gembira mana)..orang nak bagi, aku ambik saja dan pastinya aku tak kan buta menilai yang mana betul yang mana salah dengan sekadar mereka bagi aku anugerah itu..Dan aku syukur juga tidak terhingga, Allah permudahkan rezeki kerja bagi aku, Insyaallah akan berkhidmat dengan Sime Darby bermula 16/1/2012..Sungguh, tidak ada lain yang patut dibuat melainkan terus-terusan mengucap syukur atas rezeki yang melimpa yang Allah pinjamkan...alhamdulillah....

Tapi, dalam nikmat yang pelbagai itu, ada juga ujian sedikit...selepas sahaja aku selesai konvo, kakak ipar dimasukkan ke wad...tidak sempat betul-betul meraikan, sudah berkampung di hospital seremban..gambar pun aku tak teringat nak ambik..erk..boleh pulak tak teringat..ntah la..mud konvo pun tak berapa nak ada sebenarnya..tapi sbnrnye tu bukan la tandanya aku tidak bersyukur da konvo...huhu..Pulang jubah konvo pun terpaksa minta tolong dari kawan-kawan sebab aku terpaksa buat checkup untuk ke sime darby..nasib baik ada yang sudi membantu...tq ela dan amun..

Sekarang, menghitung hari-hari akhir di See Hoy Chan...kutip segala peluang yang ada untuk dapatkan ilmu di situ..dan aku semestinya akan merindu kawan2 di sana..mad'u aku..walaupun mungkin aku tak mampu untuk membuatkan mereka memeluk islam, tapi cukup sekiranya aku dapat tunjuk betapa islam itu indah...allah, moga Engkau melihat usaha kecilku itu....

Dan disaat akhir ini, dalam kesibukan menguruskan kerja di sini, terkenang mak dan ayah di kampung yang sedang menguruskan segala persiapan kenduri abang..allah..sungguh aku sedih tidak dapat banyak membantu mereka..tuhan, mereka sudah tua...kesian terpaksa buat banyak kerja di masa2 sekarang ini..allah, kasihi mereka..ampuni aku kerana tidak dpt membantu mereka..insyaallah akan membantu selagi terdaya untuk urusan selepas kenduri nanti memandangkan masih berada dlm cuti krismas pd masa itu..

Mungkin cukup sekadar itu..entry yang sgt rojak...

Sungguh....Allah uji sedikit je..tapi nikmat allah sgt banyak...bahkan lebih...melimpah ruah...tidak terhitung...


ALLAH.....ALLAH....ALLAH......T_T