Hari ini Akalili buat kerja gila. Balik kampung sesuka hati tanpa dirancang pun. Bila sudah terasa sangat blur, tanpa bertanya banyak kepada sesiapa, saya 'lari dari kolej'. Huhu. Walau kerja dan assignment bertimbun saya perlu siapkan, saya tetap pulang ke kampung diatas sebab-sebab tertentu.
Sebelum saya bertolak, saya sempat sms beberapa orang sahabat yang saya rasakan perlu untuk diberitahu supaya mereka tidak tercari-cari saya nanti. Sepanjang perjalanan pulang, memang ramai sahabat-sahabat yang bertanya kenapa saya tiba-tiba menghilang. Maaf sahabat-sahabat. Berilah saya ruang berehat sebentar. Huhu.
Alhamdulillah, petang tadi selamat sampai di rumah. Lega melihat wajah mak dan ayah tercinta. Semangat kembali mengalir sedikit demi sedikit dalam diri. Sungguh, sangat rindukan wajah mereka akhir-akhir ini walau setiap hari berbual di talian.
Lega melihat nenek yang semakin sihat setelah keluar dari hospital beberapa hari yang lalu. Nenek juga merupakan salah satu faktor mengapa saya sangat merasa terpanggil untuk pulang ke kampung. Teringat dan terngiang-ngiang di telinga suara nenek yang lemah bertanya "Bila nak balik kampung? Wek tak berapa sihat ni". Terbayang di mata keadaan nenek dua tahun yang lalu. Terbaring lemah tidak sedarkan diri di ICU dengan wayar-wayar yang pelbagai di sana sini.
Saya kuatkan hati pulang hari ini. Kerana mereka. Mereka insan-insan kesayangan saya. Penguat semangat saya. Kunci syurga saya ketika ini, sebelum saya berumah tangga. Tempat letaknya redha Allah pada saya.
Buat sahabat-sahabat, maafkan saya. Saya akan kembali, insyaallah dengan semangat baru. Doakan ya.....
Vocab lorat pahang:
Wek=Nenek
No comments:
Post a Comment