Tuesday, July 28, 2009

C-fest: Jualan ASC


Sempena convocation festival...ASC ada jual mcm2...jom datang beramai2 ke stadium tertutup nilai...macam2 ada...huhu...mai jgn x mai...=)

Tuesday, July 7, 2009

Karnival Jubli Perak SMKA TAHAP

PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMKATAHAP (XTAHAP)

Dengan hormatnya menjemput

SEMUA BEKAS PELAJAR SMKATAHAP

Ke KARNIVAL JUBLI PERAK XTAHAP dan
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN JUBLI PERAK SMKATAHAP
Yang akan disempurnakan oleh

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG
SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTAIN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MUADZAM SHAH

Pada 14 Julai 2009 (Selasa) bersamaan 21 Rejab 1430 Hijrah
Masa : 10.00 pagi
Di Dewan Besar SMKATAHAP


Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Rosdi Hassan (017-3168396) , Sazul Hairi Ahmad (019-2339000) , Fadzli Yaakob (013-9778836) , Munirah Ramli (019-9388900) , Zin Azran Mansor (016-9620008) , Nurululla Hayati Harun (016-9525188)

12 Julai 2009 (Ahad)
2.00 ptg - Pameran & Gerai Jualan Bermula
3.00 ptg - Seminar Motivasi Bersama Nazrey Raihan
5.00 ptg - Pertandingan Street Soccer & Paintball
9.00 mlm -Malam Kesenian Islam
Artis: Rabbani/Nazery Raihan/Nabil/Kumpulan Raudhah

13 Julai 2009 (Isnin)
8.00 pagi - Pameran & Gerai Jualan
8.30 pagi - Pertandingan Woodball
Pertandingan Memasak & Gubahan
Paintball
Penyampaian Hadiah
7.00 mlm - Majlis Tahlil Perdana
9.00 mlm - Forum Perdana

14 Julai 2009 (Selasa)
8.00 pagi - Pameran & Gerai Jualan
8.30 pagi - Kempen Derma Darah
Pertandingan Mewarna
10.00 pagi - Majlis Perasmian Sambutan
Jubli Perak SMKATAHAP
Majlis Santapan Di Raja
Jamuan Tengahari

p/s: sedihnye x dapat turun jubli perak...pasai awat la buat jubli perak hari selase..huhu...

Monday, July 6, 2009

...Padi...

salam muhibah buat semua...

Hari ini, pagi lagi aku telah meeting bersama shbt2 pimpinan student akaun batch aku..yang menariknya, meeting kali ini turut dihadiri oleh lecturer yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami...En. Agoos Munalis Tahir...

Terlalu banyak yang dikongsi...kami sama2 bermuhasabah setelah hampir 2 bulan bercuti...(walaupun hakikatnya aku dan ramai lg shbt pimpinan batch cume cuti x smpai pun sebulan)...

berfikir kembali apa yang telah kami lakukan sepanjang semester lepas...setelah ada di antara shbt kami tidak berjaya meneruskan pengajian...dan semester baru2 ini, 2 lg shbt kami mengalami nasib yang sama...sedikit sebanyak, rasa bersalah hadir dalam diri kami...rasa bertanggungjawab utk memastikan tidak ada lg shbt2 yg akan terkeluar utk semester akan dtg...moga usaha kami mendapat pertolongan allah...amin

Alhamdulillah, di semester baru ini...sahabat2 pimpinan batch bersemangat untuk melakukan gerak kerja...dan aku harap, semoga semangat itu akan terus kekal sehingga kite selesai memegang taklifan ini...dan kini, kita perlu menyelesaikan satu misi besar..aku akan cerita kan tentang misi ini pada entry yang akan datang...setelah misi ini berjaya...insyaallah...



teringat pada sms yang pernah dihantar oleh en. agoos kepada aku...

"ikut resmi padi...makin berisi makin tunduk"

Tentunya peribahasa ini terlalu dalam maknanya buat kita...sama-samalah kita renungkan dan bermuhasabah...

Sunday, July 5, 2009

Al-fatihah


Al-fatihah buat ayah sahabat seperjuanganku yang baru meninggal dunia pagi tadi.

NURUL FADHILAH AHMAD

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama roh orang-orang yang soleh.

Buat kita yang masih hidup, sedarlah bahawa setiap yang hidup itu pasti akan mati. Perlengkapkan diri kita dengan amalan dan bekalan untuk kita hadapi kehidupan selepas kematian.


Buat sahabatku Fadhilah:

moga enti terus tabah menghadapi ujian-Nya. Allah lebih sayangkan dia. Yakin dan percayalah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. semoga enti menjadi anak yang solehah..amin

Saturday, July 4, 2009

Selamat Hari Tua

>>Selamat Hari Lahir buat Rahimah Ishak a.k.a Imah<<
>>Semoga perningkatan usia seiring dengan peningkatan amal & kematangan<<

>>Semoga usia yang akan datang dimanfaatkan sepenuhnya<<

Ikhlas dr: Ja_misspooh, Busyra_changmin, Paah_Addin, Ain_chocolie, Fara_banting, Lin_samtar, hazirah_in-law, k.tini_xrumate, k.malin_pasai-awat, k.za_kepuk, akalili_aQLa



Thursday, July 2, 2009

Subject 3rd Year..1st sem


1. ADVANCED ACCOUNTING I (MAB2033)

2. AUDIT AND ASSURANCE SERVICES (MAD3013)

3. CORPORATE TAXATION AND ZAKAT (MAE3013)

4. EKONOMI PERNIAGAAN (MEA2013)

5. PENGURUSAN KEWANGAN KORPORAT (MFA3033)

6. FIQH MUAMALAT II (MGA302)

7. UNDANG-UNDANG SYARIKAT (MHB4013)

8. PENGAJIAN HALAQAH (UTA2082)


Subjek2 yg semakin mencabar...ya allah, aku memohon kepada-Mu...permudahkan segala urusanku...terangkan hatiku untuk menerima ilmu2 Mu...amin....

sahabat2ku....doakan aku...(^-^)

What I've Learnt Today ?


"I've learned that no matter what happens, or how bad it seems today, life does go on, and it will be better tomorrow."

"I've learned that regardless of your relationship with your parents, you'll miss them when they're gone from your life."

"I've learned that making a 'living' is not the same thing as 'making a life'."

"I've learned that life sometimes gives you a second chance."

"I've learned that you shouldn't go through life with a catcher's mitt on both hands; you need to be able to throw some things back."

"I've learned that whenever I decide something with an open heart, I usually make the right decision."

"I've learned that even when I have pains, I don't have to be one."

"I've learned that every day you should reach out and touch someone."

"People love a warm hug, or just a friendly pat on the back."

"I've learned that I still have a lot to learn."

"I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel."


APPRECIATE THINGS AROUND YOU...THERE'S A REASON WHY ALLAH DID THAT.

^_^macam mana..sng tak nk fhm artikel ni..?just a simple articel.but give us more lessons..So..What We have learnt today?THINK ABOUT IT...

Sumber: www.iLuvislam.com

Wednesday, July 1, 2009

Belajar Dari Dua Umar


Aku telah membeli buku 'Belajar Dari Dua Umar' ini sejak bulan Mac lagi. Namun, setelah sekian lama membaca, Alhamdulillah buku itu berjaya aku habiskan. Sempat juga aku bermuhasabah, lamanya masa yang diambil untuk menghabiskan buku itu sedangkan buku itu hanya mempunyai 130 muka surat. (Bukannye tebal sgt pun buku ni..novel Hlovate bleh je hbis bc dlm ms seminggu..ish..insaflah..huhu)

Bermulanya…

Aku kira, tentunya kita sering mendengar tentang kisah ini. Kisah dimana Saidina Umar Al-Khattab ialah seorang pemimpin yang sering menghabiskan waktunya dengan berjalan di malam hari untuk melihat keadaan rakyat-rakyatnya.

Beliau terdengar perbualan seorang ibu dan anak perempuannya di dalam sebuah rumah yang kecil. Ibu itu menyuruh anaknya mencampurkan susu yang ingin dijual dengan air. Si anak melarang perbuatan itu kerana Saidina Umar juga menghalang perbuatan itu. Kata anak itu lagi, jika Umar tidak mengetahui mereka melakukan sedemikian, sesungguhnya Tuhan Umar mengetahui perbuatan mereka.

Saidina umar yang mendengar perbualan itu nekad mahu menjodohkan anak beliau, 'Ashim dengan anak perempuan tersebut. Beliau yakin dengan sikap jujur dan amanah yang telah ditunjukkan oleh wanita itu.



Hasil dari perkahwinan itu, lahirlah seorang puteri yang dipanggil Ummu 'Ashim. Ummu 'Ashim telah berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan dan daripada perkahwinan ini, lahirlah seorang khalifah yang zuhud, bertakwa dan wara' yang diberi nama Umar bin Abdul Aziz. Tidak hairanlah, khalifah Umar bin Abdul Aziz tampil menjadi khalifah yang hebat kerana beliau mewarisi sifat-sifat kepimpinan itu dari moyang beliau iaitu Saidina Umar Al-Khattab.

Pengajaran penting yang wajar diambil dari kisah dua Umar ini ialah:

1. KESEDERHANAAN

Hal ini adalah perkara yang paling sukar untuk dilakukan oleh pemimpin di zaman ini. Limpahan ujian kesenangan dan jawatan sangat sukar untuk kita tangani. Namun, dua Umar ini mengajar kita tentang kesederhanaan. Kita boleh lihat bagaimana Saidina Umar boleh berjalan di tengah-tengah negeri tanpa ada seorang pun pengawal peribadi yang mengiringi, beliau tidur berbantal lengan dan berselimut embun demi menjalankan amanah beliau sebagai khalifah pada ketka itu, menjaga kebajikan rakyat-rakyatnya.

2. KETELADANAN

Sebagai pemimpin umat, dua Umar ini tidak hanya berbicara tentang kebaikan bahkan mereka menjadi orang oertama yang melakukan kebaikan. Mereka betul-betul memahami dan menghayati firman allah dari surah as-saf ayat 3 yang bermaksud:

Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Begitulah sewajarnya apabila menjadi seorang pemimpin, kita perlu menjadi contoh buat yang lain. Semakin jauh kita dari keteladanan, semakin sukar juga rakyat atau orang bawahan kita untuk patuh.

3. AL-ITHAR

Al-ithar bermaksud mendahulukan orang lain daripada diri sendiri. Ithar ini juga merupakan marhalah tertinggi dalam berukhwah. Aku cukup tertarik dengan kata-kata Saidina Umar al-khattab. Beliau sanggup mendahulukan rakyatnya daripada beristirehat.

"Jika rakyatku kekenyangan, akulah orang terakhir yang akan menikmatinya. Tetapi jika mereka kelaparan, akulah yang pertama akan merasakannya. Kenyangkan perut rakyatmu sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

…………………………………………………………………………………………........................
Memetik kata-kata dari Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam buku ini. Kata beliau:

"dalam Islam ada menyebut, sebelum melakukan sesuatu, Tanya dulu pada hati sendiri. Jangan guna petua orang lain untuk jadi panduan diri sendiri. Hati adalah tempat letaknya iman dan kufur. Latihlah hati kita biar dipenuhi iman, jadi pandangan serta hati inilah yang kita perlu gunapakai".