Monday, August 31, 2009

Tangguh Sebat Cetus Debat

salam...
sekadar pengkongsian dr email yg aku dapat dari seorang sahabat...
..............................................................................................
Saya sendiri keliru tentang penangguhan hukuman ini. Mengapa boleh terjadinya demikian??
Sepatutnya hukuman yang telah ditetapkan tarikhnya oleh mahkamah MESTI dilaksanakan, jika tidak bukankah ianya boleh dianggap telah mengHINA mahkamah.

Isu penangguhan juga dengan alasan yang tidak masuk akal:

1. Untuk menghormati bulan RAMADAN.
Apakah pihak mahkamah (Hakim) tidak menyedari @ mengetahui tarikh hukuman yang ditetapkan itu jatuh dalam bulan Ramadan sebelum hukuman dijatuhkan. Siapa nak dipersalahkan dalam hal ini.... Hakim??

2. Tiada petugas yang bertauliah untuk melaksanakan hukuman.
Sekiranya tiada petugas yg bertauliah, siapa yang menjalankan hukuman rotan ini di Penjara selama ini?? Mengapa pula hukuman terhadap Kartika boleh dilaksanakan selepas Hari Raya. Mungkin diwaktu itu baru ada petugas yg bertauliah..

Saya menyokong penuh kenyataan YDP & bekas YDP YADIM kerana kenyataan yg mengatakan hukuman terhadap Kartika tidak akan mendatangkan kemudaratan padanya. Hukuman sebat ini sekadar peringatn & pengajaran shj.

Berkenaan kenyataan Tun M & Shahrizat, saya tak mahu komen apa2..... Tepuk dada tanya iman. Sesungguhnya akan ramai lagi yg akan memberi komen yg sebegitu kerana pandangan mereka yang tidak memahami akan hukum Allah yang telah termaktub di dalam Al-Quran. Dengan kata lain mereka2 ini adalah dalam golongan org2 yg 'BODOH SOMBONG'.
Ramai bercanggah pendapat Jaip tunda rotan Kartika KUALA LUMPUR: Tokoh agama serta pemimpin masyarakat dan politik bercanggah pendapat berhubung keputusan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menangguhkan pelaksanaan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno berhubung kesalahan meminum arak.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata keputusan Jaip menggambarkan sesetengah pihak kurang yakin dengan pelaksanaan undang-undang syariah. "Hukuman itu tidak wajar ditangguhkan dengan alasan untuk menghormati Ramadan. Jika berpegang kepada alasan itu, maka semua hukuman terhadap pesalah yang ingin dijalankan pada bulan ini (Ramadan) perlu ditangguhkan".
Bekas Yang Dipertua Yadim, Datuk Dasuki Ahmad, juga berpendapat hukuman itu seharusnya diteruskan walaupun pada bulan Ramadan bagi mengelak salah tanggapan masyarakat terhadap pelaksanaan undang-undang syariah. "Apabila mahkamah sudah menjatuhkan hukuman dan pesalah sedia menerima hukuman terbabit, apa salahnya jika melaksanakannya walaupun di bulan Ramadan. Tujuan kita hendak mendidik bukannya mendera".

Tapi.. kenyataan Tun Dr Mahathir & Shahrizat paling BAHAYA!!

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melalui laman blognya mempersoalkan hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah terhadap Kartika, sama ada ia keputusan tepat dan adakah terdapat peruntukan dalam undang-undang Syariah di negara ini.

TIDAK SEDARKAH MEREKA YG MEREKA BERCAKAP TENTANG HUKUM HUDUD.. HUKUM ALLAH!! JIKA MEREKA MENDAKWA HUDUD ITU ZALIM MAKA MEREKA MENUDUH ALLAH ITU ZALIM!! ASTARGHFIRULLAH. ..

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula memuji tindakan Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan hukuman itu ditangguhkan.

"Apa yang kita risau, corak hukuman itu boleh memberikan impak buruk kepada negara ini seperti Malaysia dianggap mengamalkan sistem yang zalim," katanya.

"Saya tidak melihat perkara ini sebagai satu isu asalkan pelaksanaannya tidak menunjukkan ia dibuat atas faktor Kartika ini seorang wanita. Bagi saya, ini bukannya cara terbaik untuk mendidik apatah lagi hukuman ini keputusan yang tepat atau tidak. "Kita perlu melihat perkara ini dalam konteks yang lebih luas. Dasar wanita yang baru juga akan mengambil kira semua ini agar tidak ada pihak yang teraniaya atau menjadi mangsa hanya kerana mereka ini seorang wanita," katanya.

Thursday, August 27, 2009

Dia Sahabat Seperjuanganku~


"Salam. Li salah send kredit ke?" tanya sahabatku itu.


Aku memang sengaja share kredit dengan dia semasa aku dalam bas pulang dari kampus petang tadi. Aku segera menjawab.


"Tak salah send pun. Memang nak share kredit dengan awak lah."


"Nape Li? Li ada masalah ke? Li sihat tak?" bertalu-talu soalan yang dia ajukan sehinggakan aku tersenyum sendiri membaca sms itu.


"Tak ada masalah pun. Saja je nak share kredit. Awak sihat ke?". Aku bertanya kembali.


"Saya tak ok."


Aku segera membalas sms dia. "Nape? Sakit ke? Ada masalah?"


"Haah, ada masalah. Masalah saya rindu kat Lili. Rindu nak ada orang jaga bila sakit, rindu nak ada orang teman malam-malam bila assignment tak siap lagi, rindu nak borak dan tidur sama-sama, rindu nak nangis atas bahu orang yang bernama sahabat". Panjang balasan dari dia.


Aku tergamam. Tanpa aku sedari, air mata bergenang. Terharu. Tidak terkata.


Tanpa ada hubungan darah, tanpa ada hubungan persaudaraan, kita menjalinkan ukhuwah.

Biar kita terpisah beribu batu, namun kesatuan hati itu tetap ada kerana kita menjalinkan ukhwah berdasarkan AKIDAH.

Biar dulu kita pernah berselisih faham, namun kita atasinya dengan berlapang dada.


Masih aku ingat, saat aku bersengkang mata sehingga ke waktu subuh menyiapkan assignment. Dia turut sama bersengkang mata membantu aku menyiapkan assignment walaupun dia tidak mengambil kursus yang sama dengan aku. Tapi dia sanggup berkorban untuk aku.


Saat aku terlantar sakit kerana keracunan makanan di saat peperiksaan akhir semester 2 matrikulasi, dia yang menjaga aku. Menjaga kebajikan itu dan ini.


Ketika aku 'down' menghadapi pelbagai ujian tahun pertama di universiti ini, dia seringkali hadir tika aku sangat memerlukan. Tidak cukup dengan itu, dia juga meminta naqibahnya turut memberi semangat untuk aku dengan harapan aku akan terus tabah menghadapi ujian. Sehingga kini, aku terus menjalinkan ukhwah dengan naqibahnya.


Sahabat, sokonganmu memang tidak pernah henti.
Terima kasih atas segalanya, sahabat.
Aku gembira andai dirimu gembira.
Aku menyayangimu kerana Allah.
Aku ingin hidup dan mati kita kerana Allah.
Amin~



*Ku pohon Ya Allah...
moga ukhwah kami teguh buat selamanya...
kerana dia sahabatku..
kerana pada jalanMu kami bertemu..
kerana hati kami bertaut ketika memadu kasihMu..

*Ku pohon, lindungi dia dengan maghfirahMu..
agar kekuatannya terletak pada iman dan taqwa, bukan pada nafsu..
agar jiwanya tidak mudah dimamah bisikan syaitan yang palsu dan merugikan...

Nice story to share

Salam ramadhan buat semua...
Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, aku ingin berkongsi sebuah cerita yang menarik dari email yang baru aku terima sebentar tadi. Semoga kita beroleh pengajaran dari cerita ini.

Why do we read The Holy Quran, even if we can't understand?a single Arabic word???? This is a beautiful story.


An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky With his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the Kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.


One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quran do?


' The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.'


The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.


The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water.You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the boy try again.


At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!'


'So you think it is useless?' The old man said, 'Look at the basket.'

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.


'Son, that's what happens when you read the Quran. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.'

Tuesday, August 25, 2009

Tanpa tajuk

salam buat semua...


Lama aku tidak menulis sendiri di blog ini. Mood menulis tidak datang, kekuatan itu tidak ada. Aku tidak langsung memberi respon pada perkara-perkara semasa. Hanya mengarang di minda namun tidak juga tertulis di sini.


Tidak tahu mengapa. Adakah kesibukan yang melanda menyebabkan diri ini kurang waktu untuk berkongsi? Mungkin juga. Setiap minggu telah tersusun jadual program yang perlu diikuti. Disamping jadual belajar yang sememangnya sudah penuh. Bukan aku ingin mengeluh dengan kesibukan ini. Cuma ingin berkongsi rasa. Moga hari-hari yang aku lalui ini menjadi satu tarbiyah buat diri, mengumpul pengalaman, menambah ilmu bagi koreksi diri yang lemah ini. Aku mengharapkan itu. Amin Ya Rabb.


Akhir-akhir ini, kesihatan juga tidak mengizinkan. Gastrik sering kali menyinggah. Pantang diri ini lewat makan walaupun sekejap, mulalah perut meragam. Kesan yang di alami berhari-hari. Dugaan buat diri dalam menghadapi madrasah Ramadhan ini. Tarbiyah lagi buat diri.


Banyak sebenarnya yang ingin dikongsi. Namun,tulisan kali ini tiada isi yang khusus. Ianya lebih kepada luahan rasa. Moga diri ini lebih bersemangat, sentiasa bersemangat dalam menghadapi segala ujian, cabaran dan dugaan dari pencipta. Mohon doa dari sahabat-sahabat semua.



"Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."(2:155)


"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami Telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta."(29:2-3)

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kembali

Ramadhan Kareem buat semua...
Pasakkan niat, kuatkan tekad...
Moga ramadhan kali ini menjadi medan bagi mengutip mutiara maghfirah dari Allah...
Teringat pada kata-kata seniorku dahulu, Allahyarham Farham Zainudin...(beliau pergi mengadap Ilahi pada bulan ramadhan...hampir 5 tahun yang lalu..al-fatihah buat beliau)
"Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza"
Ya, Ramadhan yang sama akan datang setiap tahun...namun, ianya bergantung kepada kita untuk menggunakan kesempatan bulan Ramadhan itu dengan sebaiknya atau tidak...
renung-renungkan bersama...

Saturday, August 8, 2009

H1N1: Dari Perspektif Yang Berbeza

Kita diberi kurnia oleh ALLAH satu nikmat yang tak dapat dijual beli lagi. Sekiranya hilang nikmat ini nescaya orang sanggup bergadai berjuta-juta ringgit untuk mendapatkannya. Itulah nikmat MATA. Salam seharian kita menggunakan mata untuk pelbagai kerja. Untuk membaca, menulis, makan, minum, bergerak dan sebagainya. Tanpa mata sukar untuk kita menjalani kahidupan seharian.

Secara mudahnya, dalam perjalanan hidup, kita sering dtunjukkan dengan NIKMAT dan BALA. kita nampak ianya dengan mata mahupun deria lain. namun kita jarang melihat perkara disebaliknya. Contohnya, kes terbaru adalah H1N1. kita asyik berkata ianya suatu bala dari ALLAH. Tidak dinafikan. Namun, pernahkah kita melihat ianya juga adalah suatu nikmat dari ALLAH?

KENAPA H1N1 ADALAH NIKMAT?

1. Disebabkan H1N1 ramai orang yang mula menghampirkan diri kepada ALLAH dengan bertawakkal pada NYA. "Ya ALLAH, dengan namaMU, aku berserah dan memohon kepadaMU. Engkau jauhkanlah penyakit ini dari kami dan ahli keluarga serta orang di sekeliling kami..." Antara doa yang seringkali di baca kini demi mengelak dari penyakit tersebut. Kemudaian mereka menjalankan solat hajat beramai-ramai. ALHAMDULILLAH...BUKANKAH ITU NIKMAT UNTUK KITA?

2. Begitu juga dengan penghidap penyakit tersebut. Mereka mula merasakan ajal telah hampir. Malaikat maut semakin hampir dan dengan itu akan dikuatkan amal ibadahnya, taubatnya dan segala amalan wajib dan sunat. Mulalah kelompongan amalan-amalan dulu di tampung kembali. Sekiranya dulu tidak pernah solat, di waktu ini di cukupkan sembahyangnya, dibanyakkan amalannya. BUKANKAH ITU NIKMAT BAGI MEREKA???

3. Pada yang di kuarantin pula, sekiranya dahulu dinyatakan mahupun terdetik dihatinya kekurangan masa untuk beribadah dan mendekatkan diri kepadaNYA. Kini diberi kerehatan oleh ALLAH dari perihal keduniaan untuknya mendekatkan diri kepadaNYA.

TIDAK CUKUP BANYAK LAGIKAH NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN DARI PERKARA YANG KITA ANGGAP BALA ITU???


p/s: Setiap yg berlaku pasti ade hikmahnye kerana Allah tidak pernah dan tak akan melakukan kesilapan. Apabila kita brada dalam kebuntuan, tenang dan ikutilah jalan yg telah ditetapkan Nya. sekiranya jalan itu berduri dan penuh liku, yakinlah bahawa pada akhirnya pasti akan bertemu dgn kebahagiaan yg tak dpt d ungkapkan oleh kata-kata....

Thursday, August 6, 2009

Aku Menulis Hanya Kerna Nama

Ketika tulisan mulai jadi sebutan orang
Ketika pendapat di blog dipuji-puji
Ketika 'post' di Forum mendapat penghargaan
Ketika idea-idea dikatakan sangat bernas..
Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...
Terangsanglah semangat mencari idea-idea segar
Terangsanglah untuk mencari bukti-bukti menguatkan argumentasi
Terangsanglah untuk 'komen' di blog orang lain, untuk promosi blog sendiri
Terangsanglah untuk mem'famous'kan diri sendiri!
Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...
Niat asal sudah lari
Niat bukan lagi untuk tujuan dakwi
Niat kini untuk promosi diri
Niat kini untuk naikkan NAMA sendiri!
Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...
Dalam blog:
Tiap hari 'check' brape pelawat dah datang arini?
Tiap hari 'check' brape 'comment' dalam entri kali ni?
Dalam forum:
Tiap hari 'check' brape respon untuk 'post' tempoh hari?
Tiap hari 'check' brape 'post' lagi nak naik status ni?
Tiap hari...cari ruang promosi NAMA sendiri
Sebabnya...Aku Menulis Hanya Kerna NAMA
Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...
Tulisan ini bukan untuk mencela sesiapa
Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa
Tulisan ini bukan untuk mereka-reka cerita
Tulisan ini buat renungan diri SENDIRI la!
Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...
"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." (An Nasr 110:3)

Monday, August 3, 2009

Penyokong, Pemain dan Pengurus


Pernah atau tidak kita mengambil pengajaran daripada satu perlawanan bola sepak dengan melihat kepada perbezaan antara para pemain, pengurus atau jurulatih dan penyokong bola sepak sepanjang perlawanan? Inilah secebis pengajaran yang yang dapat kita kongsi bersama.

"Bodohnya pemain tu, hantaran cantik macam tu pun tak boleh nak jaringkan gol lagi", cetus seorang penyokong.

"Tak mengapa, cuba lagi. Lepas ni, tahan dulu bola tu sebelum rembat kuat-kuat ke arah gol", kata jurulatih.

Jika pemain melakukan kesilapan dalam permainan, para penyokong akan memarahi pemain tersebut dengan menghina dan memaki tetapi berbeza dengan seorang pengurus atau jurulatih memarahi pemain iaitu dengan memberi semangat dan cara untuk memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan pemain.

Sekiranya pasukan yang disokong diketahui akan kalah kerana ketinggalan 0-5 dan permainan masih berbaki 10 minit sahaja lagi, para penyokong seolah-olah sudah tidak lagi menyokong pasukan mereka tetapi sebaliknya dengan para pemain mereka tetap meneruskan permainan sehingga wisel penamat dibunyikan.


Pengajaran

Dalam kita mengkritik, menegur atau memarahi seseorang, janganlah sesekali bertindak seperti penyokong bola sepak yang menghina, memaki dan mencerca pemain tetapi contohilah sikap seorang pengurus atau jurulatih bola sepak yang juga memarahi dan mengkritik pemain tetapi disebalik kemarahan seorang jurulatih menunjukkan cara bagaimana memperbetulkan kesilapan yang dilakukan. Begitulah dalam kita memarahi dan mengkritik, bukan dengan menghina tetapi menunjukkan jalan untuk membetulkan kesilapan tersebut.
Para pemain dan penyokong adalah ibarat para pendokong dan penyokong sesebuah gerakan Islam. Sebahagian mereka yang hanya menyokong gerakan Islam akan bersama dengan gerakan pada saat gerakan Islam berada dalam keadaan teguh dan kuat tetapi berbeza dengan seorang pendokong gerakan Islam yang akan tetap bersama dengan gerakan Islam samada semasa gerakan Islam dalam keadaan kuat atau mengalami kemerosotan dan dilanda pelbagai masalah.

"janganlah mengkritik sebagai seorang penyokong bola sepak, kritiklah sebagai seorang jurulatih bola sepak"

"jadilah pendokong perjuangan Islam, sekiranya tidak mampu jadilah penyokong perjuangan Islam dan jangan sesekali menjadi pengongkong kepada perjuangan Islam"...

http://zulikhwanzahari.blogspot.com/