Saturday, January 15, 2011

Sebulan berlalu~

~Progress payment for contractor dan cek yang berlambak nak kene varify~

Sudah sebulan menjalankan praktikal sebagai accounts assistant di Bandar Utama Development Sdn. Bhd. Baru balik dari Shah Alam beli kain pasang di Jakel, untuk menjayakan misi belajar menjahit. Cewah. Konon. Heh. Tapi memang nak belajar. Dapat jahit baju sendiri pun kira ok la kn..errr...lari dari topik asal. Ok, entry ini sempena sebulan berpraktikal:

1. Akaun memerlukan sistem yang teratur. Tak boleh kacau bilau. Nanti akan jadi kelam kabut. Garis panduan yang diberi, perlu diikut supaya tak susah dikemudian hari. Maksudnya, bila auditor datang buat audit di company kita, takdelah kita gelabah dokumen ntah ke mana, akaun salah dan macam-macam lagi masalah lain yang boleh menyebabkan auditor issue qualified audit report.

Pengajaran:

Allah telah berikan garis panduan. Syariat. Yang telah jelas dalam Quran dan Sunnah. Itulah yang kita perlu fahami dan taati. Supaya nanti, bila tiba hari perhitungan, kita di ‘audit’ dihari pembalasan, tidaklah kita dilaknat, dicampakkan ke dalam neraka.

2. Berada di company Chinese, mula merindui Islamic environment. Sungguh. Nak rasa environment tu masa sekarang, memang tak la kan.

Pengajaran:

Tapi bila fikir semula, Islamic environment tu bermula dalam diri sendiri sebenarnya. Kalau dah memang dalam hati sentiasa Islamic, biar dicampak ke mana pun, kita akan boleh hidup. Kita tak akan terpengaruh dengan budaya yang tak baik, bahkan kita yang akan memulakan Islamic di situ. Bak kata orang...jadilah ikan yang hidup di laut. Biar persekitarannya masin, tapi tetap tak larut dek rasa masin tu”...emm...Allah, doa sungguh-sungguh aku tergolong dalam golongan itu. Amin.

Ok, undur diri dulu. Mau makan. Lapar tahap maksimum. Nanti sambung lagi, Insyaallah...Sebelum tu, jom kita teliti terjemahan surah baqarah ayat 282 yang berkait rapat dengan kehidupan seorang manusia yang bergelar AKAUNTAN.

“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan Dengan hutang piutang Yang diberi tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya Dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang Yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu Dengan jelas). dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. kemudian jika orang Yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya Dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang Yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika Yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan Yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh Yang seorang lagi. dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang Yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai Yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. dan kalau kamu melakukan (Apa Yang dilarang itu), maka Sesungguhnya Yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) Yang ada pada kamu. oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”