Saturday, November 28, 2009

~Cheese Brownies

Salam....

Tetibe i rase nak mkn kek ni la...adeiyh....sape nk tolong buat kan?!angkat tangan!!huhuhu...
Ni resipi yang diambik dr iLuvislam...nnt sape2 buat...bg kt i sket eh...hehe


Bahan-bahan
180 gm butter-dicairkan
275 gm. gula perang
3 biji telur
1 sudu teh vanilla essence
120 gm. tepung naik sendiri
70 gm. serbuk koko

Cheese filling:
250 gm. cream cheese
45 gm. butter
80 gm. gula icing
1 biji telur
Sedikit chocolate chips (ditabur di atas brownies)

Cara Penyediaan:
(1) Gaul butter yang telah dicairkan dengan gula perang hingga sebati
(2) Masukkan telur, sebiji setiap kali. Gaul hingga betul-betul sebati. Masukkan sedikit vanilla essence
(3) Masukkan tepung dan serbuk koko secara perlahan-lahan dan kacau hingga terasa lembut.
(4) Untuk cheese filling: pukul cream cheese, butter and gula icing hingga sebati. Tambahkan telur dan kemudian teruskan memukul.
(5) Tuangkan setengah drpd adunan brownie ke dalam diikuti cheese filling.
(6) Tuangkan lebihan adunan brownie tadi di atas cheese filling. Taburkan chocolate chips di bahagian atas brownies.
(7) Bakar di dalam oven (170ÂșC selama 40 minit)

Friday, November 27, 2009

Eid Adha + Happy Melaadi~





Salam Aidiladha buat semua...

Alhamdulillah...tahun ini keluarga aku berpeluang korban...rezeki tahun ni, kate ayah...
Dan yang lebih menarik, raya korban tahun ini kebetulannya sama dengan tarikh lahir aku...tidak ada yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya...ianya disambuat biasa...Cuma, bagi aku, ia membawa erti yang besar dalam diri...

Hari ini, aku bermuhasabah...Selama 21 tahun aku hidup, apa agaknya yang aku sumbangkan? apa agaknya yang aku korbankan? huhu...terasa banyak kekurangan dalam diri ini...Teringat aku pada kata-kata seniorku, Allahyarham Farham Zainuddin...kata-kata yang ditulis pada tahun pemergiannya...(tak ingat kata-kata keseluruhan...ini lebih kurang ayatnya)

"19 tahun sudah berlalu...kumpulan hari, bulan, tahun terus berlalu tanpa pernah kembali lagi...tidak ada jalan lain melainkan kita harus memilih jalan hidup yang benar...semoga tabah kau lalui jalan ini..."

Kata-kata yang penuh makna...peningkatan usia membawa erti kematian kian dekat...usia kehidupan kian pendek...masa mengadap Allah dihari pembalasan kian hampir...persoalannya, cukupkah bekalan yang dibawa?bersediakan aku menjawab persoalan-persoalan yang bakal diajukan bilamana tanggungjawab yang ada sering dibuat sambil lewa?Ya Allah...banyaknya dosa...ampunkan aku...astaghfirullahal'azim3x...

Selamat Hari Lahir, Akalili...semoga usia akan datang digunakan sepenuhnya untuk kebaikan....amin~

"Berkorban memang perit...Namun, apakah ertinya kehidupan tanpa pengorbanan"

SALAM AIDILADHA...Mari hayati kisah pengorbanan Nabi Allah, Ibrahim...Moga hadir semangat dalam diri untuk menjadi hamba yang sanggup berkorban demi-Nya...amin~


Wednesday, November 25, 2009

Gatal Tangan...


~sape suruh gatal tangan, tukar-tukar template...kan da hilang sume...huhu...kene cari balik sume-sume yg da hilang ni...sabo la ye...kene ambik mase sket...ngeeee~

bukan pe..kan da lame x update blog...so, tukar la template...kot la pasni jd makin rajin nk update blog kn...hehe...semangat!!semangat!!=))

Alhamdulillah duk kt umah sekarang..ada masa nak mengadap benda2 remeh macam ni...huhu...

erm...blog cantik tapi kalo xde pengisian, xde maknenye sume tu wahai akalili...kalo blog da cantik...harapnye isinye pun cantik...blh bg pengajaran, peringatan buat diri khususnye dan amnye buat org lain...

sebenarnye, kalo diikutkan hati...rase mls nk carik balik sume yg da hilang tu..tp bile difikir2 balik...sayang plak...da mula kn...nape xmau teruskan smpai akhir...kan sayang tu...peluang utk memberi pada org lain...gunekan sebaiknye...btol dak???huhu...

okeh la...ntah pe yg dirapukan...nk smbung menjejak yang hilang...=)

Sabda Rasulullah:
"Sampaikan daripadaku walau satu ayat"
....
akanku jadikan pegangan...salam juang....

*sorry sbb bahasa tunggang langgang....huk3....*

Wednesday, November 11, 2009

Encoustic: Muhasabah Cinta


Wahai...
Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan...
Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama iniYa ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan...
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


Tuesday, November 3, 2009

Email: Rahsia Ais


"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini..

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.

Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi denganunsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

~Short Story

Little girl and her father were crossing a bridge.

The father was kind of scared so he asked his little daughter.
"Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river."

The little girl said, "No, Dad. You hold my hand".

"What's the difference?" Asked the puzzled father.

"There's a big difference," replied the little girl.

"If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go."


In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond.

So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours... This message is too short......but carries a lot of Feelings.