Tuesday, May 26, 2009

Bicaramu Tuhan...

Hari ini hari yg memenatkan…pagi lg aku dan sahabat2ku telah keluar dr kolej menuju ke kampus membawa misi masing-masing…setelah misi selesai..aku terus berkejar ke Pekeliling utk balik ke kampung memandangkan esok aku dan sahabatku akan turun ke sekolah…alhamdulillah…aku selamat sampai pd pukul 7.00 ptg td…


Dan hari ini juga merupakan hari yg menyentuh hati aku…menyedarkan aku…syukur yang tidak terhingga aku panjatkan pada Allah…kerana telah mengirimkan seseorang utk menegur kesilapan dan kesalahan aku…alhamdulillah…


Buat 'dia' yg telah Allah kirimkan padaku…yg menegur kesilapan dan kesalahan aku…aku ucapkan terima kasih…kerana 'dia' menyedarkan aku…mengingatkan aku akan tujuan utama aku hidup…


Aku hidup bukan untuk melayan hati dan perasaan semata…bukan untuk melayan rasa putus asa…bukan untuk menjadi manusia yg lemah jiwa nya…aku harus kuat..aku harus berani andai aku melakukan perkara yg benar…terima kasih 'dia'…


Sejak awal aku mengenali 'dia'…aku sudah mengetahui falsafah hidup 'dia'…bagi 'dia'….kejayaan sebenar adalah sejauh mana kita dapat mengamalkan agama dalam hidup…dan hari ini aku merasainya…dan aku kagum dgn 'dia'…moga aku jg menjadi berani dan kuat seperti 'dia'…


Dan saat ini…hati ini terlalu lunak untuk mengalirkan air mata…tanpa segan dan malu…ianya mengalir laju…aku bermuhasabah…


Ya Allah…

Ampunkan dosaku…

Terimalah taubatku…

Bantulah aku utk lbh dekat denganMu...


Duhai hati…ingatlah…orang mukmin tidak akan melakukan kesilapan yg sama berulang kali…kembalilah pada Nya…



Bersujud berserah pada Tuhan

Mengharap rahmat keampunan

Berdoa harap keredhaanmu Tuhan

-vir2vois-

Saturday, May 23, 2009

Tolong Sampaikan Pada si Dia


Tolong sampaikan pada si dia…


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..


Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan pada si dia..Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan pada si dia..Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .

Tolong pesan pada si dia..aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. .

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..


Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..


Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia tetap teguh dalam mujahadah cintanya..menjadi pengemis cinta Ilahi..perindu syahid abadi... Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


"Sandarkanlah cinta kepada Allah...pasti tidak kecewa kerna pasti ada balasan...Dan ingatlah sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara..."


~muhasabah diri...merenung kembali...memperbaiki diri...insyaallah...moga Allah redhai...

Tuesday, May 12, 2009

Istimewanya Perempuan

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulullah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Friday, May 8, 2009

Menangislah Dibahuku


Kau datang padaku seperti biasa

Kusambut bahagia dengan tangan terbuka

Kau balas dengan senyum seadanya

Kutahu ada sesuatu yang berbeza


Kau hanya diam seribu bahasa

Hanya matamu yang cuba berbicara

Bahawa saat ini hatimu terluka

Kau tahu ku ada di sini untukmu


Mencuba tak berkedip menahan tegar dihujumg mata

Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata

Dalam pelukanku kau curahkan semua


Menangislah…

Kadang manusia terlalu sombong untuk menangis

Lalu untuk apa air mata telah dicipta

Bukan hanya bahagia yang ada di dunia


Menangislah…

Di bahuku kau berikanlah kepercayaan

Bahawa laramu adalah haru biruku

Kerana aku adalah sahabatmu


Menangislah…(dibahuku..ku disini untukmu)

Menangislah…(dibahuku..kerana ku sahabatmu)


hari ni dilanda rindu yg amat pd shbt2 seperjuangan dahulu..

sungguh sahabat2ku...aku rindukan kalian...rindunya saat kita bersama mencipta kenangan indah suka dan duka..bersama meredah cabaran dan dugaan...

benar sahabat2ku...aku rindukan kalian...saat aku 'tersungkur' di sini, di uji oleh-Nya dengan dugaan yang pelbagai...aku rindukan tangan-tangan kalian yang menghulur bantuan...membantuku untuk terus bangkit meneruskan perjuangan...

sahabat2ku...aku rindu saat kita bersama menyubur bi'ah solehah ditempat kita sama-sama menuntut ilmu satu ketika dahulu...aku rindu pada marahmu untuk menegur segala kesilapanku...aku rindu pada bisikan semangatmu untuk memberi dorongan kepadaku...

sungguh sahabat2ku...andai aku bisa mendakap kalian saat ini...ingin sekali ku bisikkan di hati kalian...aku memerlukan kalian...biarpun aku tahu Allah sentiasa bersamaku...namun janganlah kalian biarkan aku rasa keseorangan...aku masih tetap memerlukan sokongan kalian...

sahabat2ku....aku berdoa agar kita sama-sama akan terus istiqamah...aku berdoa agar kita sama-sama thabat dalam perjuangan...aku berdoa agar kita akan sama-sama diredhai oleh-Nya...semoga ukhwah yang kita jalinkan kerana Allah ini akan kekal & diberkati...

amin....

Monday, May 4, 2009

Tarbiyah bukan untuk orang yang...


Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas..

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri..

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa..

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti..yang senang dan mudah join, yang penat dan bersusah payah elak..

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami..

bukan juga yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain..

bukan untuk orang yang hanya pandai cakap (dan menulis) je, tapi amal kosong..

bukan yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu..
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu..

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute..

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah..

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh..

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia macam boss, hanya tunggu information..

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar..

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara..

Aku menghitung diri.Terlalu kerap menuturkan.“aku busy..aku sibuk..aku penat..aku letih..”Adakah ini petandanya aku terlalu manja?Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

Muhasabah: audit diri after exam..

Alhamdulillah, hari ini aku dah habis exam..rase lega..tp bercampur jgk dgn rase risau..macam mane la agaknya keputusan exam aku nnt??mesti yg paling teruk penah aku dpt kerana aku merasakan, inilah exam yg aku paling tidak 'bersedia'…bkn kerana aku tidak cukup masa utk membuat persediaan..tetapi disebabkan oleh byk sebab menyebabkan aku kurang bersedia utk exam kali ini..antara sebab2 yg dapat aku kenal pasti..

1) Aku kurang sihat untuk exam kali ini..
Pd mggu study week..aku dan ramai lg shbt2 akaun diserang demam..mulanya aku x t'golong dlm golongan org yg demam tu..tp disebabkan oleh minggu sebelum study week tu aku 'bekerja' tanpa henti, akhirnya aku 'rebah' jugak bersama org2 yg demam..hasil dr demam tu, sampailah sekarang aku masih lg batuk2..dan sehingga sekarang aku masih lg kurang 'mood' utk mkn...ditambah pulak aku seringkali makan berseorangan akhir2 ini (aku mmg paling tidak suka mkn berseorangan..rase x seronok mkn sorg2)..lagilah mood mkn tu x datang2..mkn sekadar utk mengalas perut je..kesian dekat perut ni yg memang da ada 'rekod gastrik' kate sorg shbt aku tu..huhu..dan sepanjang mggu2 exam ni jugak, sakit aku yg lame dtg menyerang..sejak aku masuk ke alam campus, seingat aku jarang aku sakit2 mcm tu..bila aku sembang-sembang tentang sakit aku ni dengan seorg shbt aku yg sedang ambk medic, shbt aku tu mencadangkan aku utk jumpa doctor balik..risau kate nye..sbb aku dah ada rekod sakit dulu..jujurnye, aku dah malas nak jumpa doctor..mls nak buat medical check-up lg..tp nampaknye, aku kene pergi lg la ni..

2) Aku kurang fokus dalam kelas..terutamanya semasa dlm kuliah..
Sebab yg kedua..kurang focus dalam kelas..aku sangat akui, sem ni aku sangat kurang focus dlm kelas disebabkan kesilapan aku sendiri..kadang2 aku masuk kelas lewat dan penah jugak sekali aku x masuk kelas disebabkan aku ada komitmen lain(sibuk sgt ke??ke buat2 sibuk???ermm…)masa tu, menyesal x terkira sbb x masuk kelas..tp salah sendiri la..sape suruh x pandai manage masa..erm..aku ni bukan lah tergolong dalam golongan org yg rajin study..biase nye aku focus dan akan cube fahamkan dlm kuliah..bile nak exam nnt, aku akan tengok2 balik dan cube wat balik latihan yg lecturer bg..tp sem ni da jadi terbalik..aku kurg focus..dah akhir2 baru nk cuba fhm..masa tu da terlambat dah kn..dan akhirnya, rase la seperti yang aku rase sekarang..

Muhasabah diri:

1) Jaga kesihatan walau sibuk macam mane pun..jasad ni kita nak guna lama..mcm mane pemuda dan pemudi nak berjuang kn??mst la dengan tubuh badan yang sihat..

2) Syukuri nikmat sihat yang Allah kurniakan…tp bila sakit plak..kene b'syukur jugak..sebab Allah pilih kita utk diuji…allah sayangkan kita…sakit kan pengkafarah dosa…ermmm….pendek kata….semualah kite kene syukur…

3) Belajar mengurus masa dengan baik…sebab…orang yang hebat biasa nye lahir dari golongan yg pandai mengurus masa…contoh terdekat…paling mudah….Rasulullah memegang pelbagai tanggungjawab…sebaigai pemimpin ummat, sebagai suami kepada isteri2, sebagai ayah kepada anak2, sebagai sahabat…namun rasulullah sgt bijak dalam membahagikan masa…contohilah baginda…

4) Cintai ilmu…walau apa pun dugaan nye…kita harus mencintai ilmu…selagi ada peluang untuk belajar, selagi itulah kita perlu belajar…jgn cari sebab untuk nk ponteng pulak..ingat tu…=)

sekarang..semuanya dah selesai…exam dah habis…hanya perlu menunggu result..masih t'fikir2 lg mcm mane la result aku nnt..mesti ayah sedih sebab ayah selalunya menjadi orang pertama yg check result aku…maafkan k.de,abah..tawakal je la..dah buat yg termampu, aku hanya serahkan segalanya pada Allah…doa semoga Allah membantu aku..kata sahabat aku.."berbaik sangkalah dengan Allah..insyaallah, Allah akan bantu hamba-Nya"…amin..

"Ya Allah, jika kejayaan itu baik bagiku..maka Engkau berikanlah kepadaku..namun jika kejayaan itu memudaratkan aku dan menjauhkan aku dariMu..maka tundalah kejayaan itu kepada kejayaan yang kekal di akhirat nanti…"

Saturday, May 2, 2009

Indahnya Hidup BerTuhan


Indahnya hidup berTuhan


Sentiasa ada sumber sandaran


Yg mencetuskan kekuatan dan keyakinan


Untuk aku kembali bangkit


Meneruskan perjuanganku


Terima kasih Tuhan

Friday, May 1, 2009

Khas Buat Adik

Adik..study di pejabat ayah..
adik aku baru je menamatkan alam persekolahan di SMAP,Labu..sekarang sedang menunggu panggilan untuk terus menyambung pelajaran..keputusan spm adik aku jauh lebih baik berbanding aku dulu..aku dulu biasa2 je..kami sekeluarga sangat bersyukur dengan pencapaian adik..adik memang sentiasa mambanggakan mak dan ayah sejak dari zaman kanak2 kt skola tadika lg..smpai la skrg..

aku tahu sangat cita-cita adik..nak jadi seorang doktor..nak berjasa pada ramai orang..dan adik telah buktikan kesungguhannya semasa spm...aku selalu tengok adik study biology bile kami same2 balik kampung bercuti..aku selalu doa..moga Allah permudahkan adik aku yang seorang ni..amin..bile time trial exam SBP dan trial peringkat negeri,adik x dapat result yang memuaskan utk biology..tp adik x putus asa jgk..study habis-habisan untuk spm katenye..dan hasilnye,adik dpt 10A 1B..bio adik A..itu ganjaran yg Allah bg untuk org yang kuat berusaha..alhamdulillah...syukur dipanjatkan,Ya Allah..

tp aku tahu..adik sedikit kecewa waktu itu..adik dpt B sbjek fizik..sbjek yg adik x penah dpt B setahu aku..aku dapat lihat kekecewaan adik bila aku balik kampung masa mjlis kawen abg spupu aku..mase tuh,aku duk mkn sbelah adik..slow2 je adik ckp.."adik sedih la"..aku faham perasaan adik ketika itu..cume masa tu..aku hanya mampu ckp.."sedih mmg boleh sedih,tapi jgn keterlaluan..benda da jadi..dah x boleh ubah..fokus pada yg belum jd lg ni..pasni isi la borang mntak mane2..moga2 dapat"..

lepas tu,adik nak apply ijazah luar negara..tak tahu nak decide sama ada nk apply bwh mara or jpa..hari tuh adik hantar sms kt aku.."adik mntk medic,timur tengah..under mara"..aku hanya reply ok..kerana aku tahu..adik mst da fikir byk benda sebelum adik apply tu..
satu hari..aku x ingt hari ape..yang aku ingt..masa tu aku tgh sibuk nak siap kan assignment business statistic aku..adik msg.."adik x dpt g interview mara..sdey r..tp ada senior kate,mara ada wat 2nd batch interview..doakan la ek..mgharap sgt ni.."..aku jadi sedih bila adik cakap camtu..sbb aku tahu adik mmg mgharap nak g smbung wat medic kat timur tengah..masa tu aku cume bpleh kate.."tggu la utk 2nd interview..mane la tahu kot2 ada rzki"..adik jawab lg..."adik mmg x dapat support dr sape2..mak mmg x nak adik g oversea pun..sbb tu la kot..xpe la"....ye...mak aku mmg x bg adik g blaja jauh2..nak2 pulak kt oversea..tu belom cmpur ngn wek(nenek ktorg panggil wek) lg...lg la x nak bg cucu kesayangan nk g blaja jauh2..

aku cume boleh pujuk adik aku..aku kate.."xpe la dik..redha mak ayah tu yg penting..blaja kat mane2 pun same je.."...adik terus diam bila aku ckp tentang redha mak ngn ayah..aku tahu kenapa adik diam..kerana adik mmg seorang yg sgt pentingkan mak ngn ayah..dlm ape jua hal...adik mmg akan fikirkan mak ngan ayah dulu..adik la org yang paling x suke menyusahkan mak dan ayah dalam urusan2nye..contoh yang paling senang..masa adik ambik lesen kereta baru2 ni..adik gune duit sndiri..x gune duit mak ngn ayah pun..sedangkan masa aku dan abang2 aku dulu,semua nya mak dan ayah yang support..aku pun jadi malu sendiri dengan adik..

ermm...hari ni..adik msg lg.."adik dpt asasi,UM..sains fizik..bleh x kalo adik tukar kos bile masuk sane?"..aku terus dapat bayangkan kesedihan adik tika aku membaca msg itu...aku rply msg adik.."ada pilih asasi Um ke??ada pilih sains fizik??"...adik kate pade aku..pilihan tu pilihan yang last sekali..pilihan 1 sampai 7 semuanya adik mintak medic..pelik sungguh aku tika itu..budak yang dapat 10A pun bleh dpt plhn yg last sekali dlm borang upu tu..mcm mane kalo budak tu dapat 5A??mcm mane kalo bdk 1A je??kat mane la dorg ni cmpak budak2 ni...
aku terus terfikir..pandai sgt ke budak2 zaman sekarang??zaman aku dulu,dpt 7A pun bleh dpt upu dan matrix plhn yg pertama..zaman sekarang ni,10A da x bermakna...yeke mcm tu??atau budaya kronism masih berlaku lg saat ini...aku pun x tahu..ummm...aku pun bg msg kat adik..sekadar utk menyejukkan kembali hati adik..memujuk hati adik.."bc la terjemahan surah al-baqarah ayat 216"..maksudnye:

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui."

xpe la dik...mungkin ini bukan rezeki adik..Allah dah ada perancangan terbaik untuk kita..redhalah...teruskanlah meminta pd-Nya..Allah suka mendengar rintihan hamba-Nya yg meminta..kuatkan hatimu,dik..mungkin ada ganti yg lebih baik di masa depan..jangan berputus asa...
"jika doamu dimakbulkan, itu tandanya Allah menyayangimu..jika doamu lambat dimakbulkan, itu tandanya Allah ingin mengujimu..jika doamu tidak dimakbulkan, itu tandanya Allah telah merancang yang terbaik buatmu"