Thursday, March 25, 2010

Kerja gila~


Hari ini Akalili buat kerja gila. Balik kampung sesuka hati tanpa dirancang pun. Bila sudah terasa sangat blur, tanpa bertanya banyak kepada sesiapa, saya 'lari dari kolej'. Huhu. Walau kerja dan assignment bertimbun saya perlu siapkan, saya tetap pulang ke kampung diatas sebab-sebab tertentu.

Sebelum saya bertolak, saya sempat sms beberapa orang sahabat yang saya rasakan perlu untuk diberitahu supaya mereka tidak tercari-cari saya nanti. Sepanjang perjalanan pulang, memang ramai sahabat-sahabat yang bertanya kenapa saya tiba-tiba menghilang. Maaf sahabat-sahabat. Berilah saya ruang berehat sebentar. Huhu.

Alhamdulillah, petang tadi selamat sampai di rumah. Lega melihat wajah mak dan ayah tercinta. Semangat kembali mengalir sedikit demi sedikit dalam diri. Sungguh, sangat rindukan wajah mereka akhir-akhir ini walau setiap hari berbual di talian.

Lega melihat nenek yang semakin sihat setelah keluar dari hospital beberapa hari yang lalu. Nenek juga merupakan salah satu faktor mengapa saya sangat merasa terpanggil untuk pulang ke kampung. Teringat dan terngiang-ngiang di telinga suara nenek yang lemah bertanya "Bila nak balik kampung? Wek tak berapa sihat ni". Terbayang di mata keadaan nenek dua tahun yang lalu. Terbaring lemah tidak sedarkan diri di ICU dengan wayar-wayar yang pelbagai di sana sini.

Saya kuatkan hati pulang hari ini. Kerana mereka. Mereka insan-insan kesayangan saya. Penguat semangat saya. Kunci syurga saya ketika ini, sebelum saya berumah tangga. Tempat letaknya redha Allah pada saya.

Buat sahabat-sahabat, maafkan saya. Saya akan kembali, insyaallah dengan semangat baru. Doakan ya.....

Vocab lorat pahang:
Wek=Nenek

Wednesday, March 24, 2010

Ditampuk Kuasa...


Hari ini
Bila aku ditampuk kuasa
Aku diuji dengan pelbagai cara
Kadang kala aku menerima pujian
Kadang kala aku mendapat makian

Mereka katakan aku Pengkhianat
Mereka katakan aku Pengikut Telunjuk
Aku bukan eksklusif untuk sesiapa
Lalu aku katakan pada mereka
" Aku berkhidmat untuk semua "

Bila pujian melambung tinggi
Hati tertawan, terlupa diri
Bila makian datang bertubi
Diri terkesima, merajuk hati
Aku rela insan yang mengeji
Tapi bukan dari tuhan Yang Maha Mengasihani

Pujian, kutukan, dimalukan dan diperlekehkan
Kini semakin sebati dengan diri
Aku menadah tangan ke langit seorang diri
Memohon petunjuk dan jagaan dari Ilahi
Aku akui semua ini bermula dengan diri ini
Namun aku syukur masih ada yang sudi menegur dan menasihati diri ini
Aku anggap semua ini sebagai motivasi diri
Agar aku menjadi pemimpin yang gagah berdiri

Jatuh bangunku bukan seorang diri
Putus asa dan jauh hati tiada dalam kamus hidup ini
Aku berpegang pada kalam tuhan Yang Maha Benar
انفروا خفافاً و ثقالا
" Berjuanglah kamu walau dalam senang dan susah "
Semoga diri ini gagah dalam perjuangan untuk mencari redha Ilahi


*Sorry Baari, akak copy and paste. Akak ada sikit hak nak copy and paste kot..Baari faham kot..hihi..=)



Tuesday, March 16, 2010

~Langkah Tercipta...



Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.