Wednesday, February 24, 2010

Salam Maulidur Rasul~







Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Muslim yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang penuh dengan huru-hara dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan perkara yang melalaikan.Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilalui oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w.Inilah hikmah perbezaan zaman.Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mampu beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan Allah seperti yan dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w.Hadis ini termasuk dalam kitab yang menerangkan tentang hadis-hadis akhir zaman sedangkan tiada disebut dalam lafaz dan mantan hadis peristiwa tentang akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat.Tetapi pada maknanya inilah kejadian akhir zaman.Kita duduk pada zaman yang terakhir.

Tanda hari kiamat sudah mendekati dunia islam ialah Kelahiran Nabi Muhammad S.a.w itu sendiri.Nabi telah meninggalkan kita sudah 1430 tahun dan kita ini sudah berada di penghujung.Dunia sudah terlalu tua.Dalam keadaan yang penuh dengan huru-hara.Ini terbukti dengan macam-macam kisah jahil dengan niat mengejar dunia,cari makan,cari harta dan sebagainya.Sibuk dengan pemerintahnya,sibuk dengan hal masing-masing ataupun huru- hara dengan makna berlakunya pelbagai maksiat yang tak pernah berlaku dan maksiat yang sudah berlaku semakin bertambah banyak.

Maka dalam keadaan masyarakat hari ini.Masing-masing lupa kepada beribadah kepada Allah.Barangsiapa yang masih lagi sempat meluangkan masa beribadah kepada Allah maka pahala-pahala hijrah.iaitu pahala yang telah didapat oleh golongan muhajirin iaitu sahabat yang telah berpindah dari Mekah ke Madinah.Walaupun tidak sama seperti pahala orang orang muhajirin tetapi pahala hijrah itu maksudnya pahala yang sangat besar disisi Allah s.w.t.

Kenapa pahala yang begitu besar diberi kepada kita oleh Allah s.w.t ?
Kerana pada akhir zaman maksudnya orang semakin lupa untuk beribadah.Ketika orang ramai sibuk beribadah sepertimana zaman Nabi s.a.w.,zaman para sahabat,zaman tabi'in dan zaman solafus soleh.Pada masa ini pahala yang didapati tidak sebanyak pada zaman kita.Apa jua pekerjaan pun kalau ramai orang boleh melakukannya maka bayarannya sedikit sahaja.tetapi bila pekerjaan itu tidak ramai yang boleh melakukannya maka bayarannya akan banyak.

Zaman kita ini ramai yang tidak mencari akhirat tapi bila kita masih lagi mencari maka banyak pahala yang akan diperolehinya.Itulah kelebihannya kerana orang ramai tidak memerlukannya.Terbuktinya sekarang ini masing-masing sibuk.Sibuk sampai tidak sempat pergi ke masjid.Hanya mampu sekali seminggu saja pergi ke masjid iaitu pada hari Jumaat.Kalau tidak hanya pada Solat sunat hari raya sahaja.Sibuk sampai tidak sempat menadah kitab.Orang mengajar hadis ,tidak boleh hadir,orang mengajar tafsir ,tidak boleh mari,orang mengajar feqah ,tidak ada masa,orang mengajar akidah ,ada mesyuarat,Orang mengajar Al-Quran biar jadi lembut lidah,biar jadi sah sembahyang ,ada hal kat pejabat,orang nak beritahu bab taharah,haid,nifas,tayamum,wudhu.tidak diperbolehkan juga.Kenapa? nak sambut menantu an menimang cucu.

Maknanya kita sangat sibuk.Maka zaman orang sibuk ini, barangsiapa yang sempat maka kitalah orang yang terpilih.Manusia hamba Tuhan yan berakal yang diberikan taufik beserta dengan hidayah.Dalam keadaan ramai orang yang lalai maka janganlah kita menjadi lalai.
Dalam surah Al-Ara'f , Allah berfirman ,

"Jangan ada kamu tergolong dalam golongan orang- orang yang lalai".

Kita kena beribadah dalam keadaan ikhlas kepada Allah.Segala perkara yang baik kita niat kerana Allah s.w.t akan menjadi satu ibadah.Memasak kerana Allah, membasuh kereta kerana Allah dan jadikanlah setiap detik dalam ibadah.Hati yang paling utama dalam memimpin manusia itu kepada beribadah kepada Allah.Rasulullah s.a.w bersabda

"Dalam tubuh anak adam itu ada seketul daging,kalau baik daging yang seketul ini maka baiklah keseluruhan tubuhnya,jika buruk seketul daging itu maka buruklah keseluruhannya,ketahuilah olehmu itu ialah hati".

Monday, February 15, 2010

Permulaan Perjalanan~

Barisan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia
Sesi 2009/2010

YANG DIPERTUA
Muhammad Hilmi Juhari (FEM)

NAIB YANG DIPERTUA 1
Abdullah Long (FSU)

NAIB YANG DIPERTUA 2
Nur Akalili Zubair (FEM)

SETIAUSAHA AGUNG
Mohd Hazimin Harun (FSU)

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG
Sumaiyah Al Muniroh bt Mohd Fuad (FST)

BENDAHARI
Muhamad Tobrani bin Muhamad Yusof (FEM)


EXCO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT KOMUNITI
Mohd Fakhruddin bin Adnan (FPBU)
Nur Zeta binti Mohd Zahari (FPBU)
Muhammad Rahimie bin Mustapa (FPSK)

EXCO PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN KEROHANIAN
Mohamad Sahril bin A. Rahim (FPQS)
Nurul Mu’azzah Roalli (FEM)

EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL
Najib ‘Afif bin Arip (FPBU)
Siti Fatihah binti Khotil (FST)

EXCO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN
Mohd Rafizi b. Roslan (FEM)
Mohamad Yusof bin Mahmod (FPQS)
Zaki Yamani Rosdi (FSU)

EXCO PERHUBUNGAN KORPORAT DAN PENGANTARABANGSAAN
Khairul Arafat bin Wahit (FPQS)
Abdul Baari Abd Rani (FSU)

EXCO SUKAN DAN KESENIAN
Mohd Nor Azly bin Mohd Jafry (FST)
Mohd Shah bin Che Ahmad (FKP)

EXCO PENERANGAN DAN MULTIMEDIA
Mohd Hanif Hazahari (FKP)
Syifak Mawaddah binti Abdul Jamil (FPg)

EXCO PERWAKILAN KHAS PANDAN INDAH
Sulaiman Taib (FPg)
Nuurain Amirah bt Mohd Razi (FPSK)


Kata seorang sahabat, " Jika dilihat pada sejarah zaman kegemilangan mahasiswa pada tahun 70-an, pasti kita akan lihat rata-rata pimpinan mahasiswa pada ketika itu usianya lewat 20-an.
Cabaran bagi kamu apabila kamu dipilih memimpin mahasiswa dalam usia yang muda".

Ya. Kami dipilih menjadi pimpinan mahasiswa dalam usia yang muda. Rata-rata antara kami usianya awal 20-an. Namun, usia bukanlah penghalang untuk kami bertindak atau berfikir secara matang. Ianya adalah satu cabaran buat kami bagi meneruskan legasi kepimpinan ini.

Dan pesan sahabat itu, "Walau usia kamu muda, kamu harus berfikir jauh kehadapan. Jangan takut melakukan kesilapan kerana melalui kesilapan, kamu akan mengetahui kebenaran". Terima kasih sahabat di atas nasihat itu.

p/s: Doakan kesihatan YDP, Saudara Hilmi yang sedang berada di Hospital Muar kerana disyaki denggi.

Friday, February 12, 2010

Sup Cendawan~Lapar


Tetiba rasa lapar petang-petang camni...dan kebetulan terjumpa resepi ni...saja ingin berkongsi...esok balik kampung dengan adik, nak buat...=)


Bahan - bahan


1/2 buku Buttercup
2 cawan tepung gandum.
Cendawan dalam tin
1 Kiub ayam
Lada hitam


Cara - cara

1. Masukkan Buttercup

2. Masukkn tepung gandum 2 cawan

3. Kacau sampai menjadi doh seperti karipap

4. Kemudian, masukkan air sedikit mengikut kesesuaian

5. Masukkan kiub ayam

6. Masukkan cendawan( tin )

7. Potong cendawan halus-halus

8. Bubuh lada hitam dan perasa secukup rasa

Edcoustic: Cukuplah DIA~



Di saat aku memerlukan perlindungan
Namun tiada siapa yang dapat melindungi
Dia tempat aku berharap
Yang nyawaku di dalam tanganNya
Dia tempat aku meminta belas
Dia itu Allah
Dialah pelindungku
Bila aku bersedih hati
Tetapi tiada yang sudi mendengar
Dia mendengarkan semua tuturku
Walau aku cuma menyusun kata senyap di dalam hati
Walaupun tak sepatah aku tuturkan
Dia mendengarkan
Dialah pendengarku
Dan aku tidak pernah keseorangan
Meskipun di saat bersendirian
Setiap gerak-geri makhluk di dalam perhatianNya
Tidak mengira tempat dan masa
Dia takkan pernah terlepas pandang
Dia lah penemanku di mana saja
Apabila aku memerlukan semangat
Tetapi tiada yang ingin menjadi pendorong
Aku tahu aku ada Dia
cukuplah Dia
Lalu aku rujuk kalamNya
Kerana di situ aku temui madah-madah indah
Pembakar sebuah semangat yang hampir malap
Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan
Aku ingat pada janjiNya
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurga
Tak akan aku temui bahagia itu di dunia
Lalu aku redhakan segalanya
Demi untuk bertemu bahagia yang hakiki di sana