Wednesday, December 15, 2010

Episod Roti Arab

Kali pertama jatuh cinta pada roti arab masa iftar di rumah Puan Hasni bersama junior matrik ramadhan yang lalu. Ada juga bertanya resepi pada Puan Hasni. Kot-kot nanti teringin makan, boleh buat sendiri kan..

Saya sebenarnya dah beberapa hari teringat pada roti arab. Nak buat ikut resepi Puan Hasni, tapi dah tak ingat. Huhu. Petang tadi, kebetulan mak dan ayah keluar beli barang-barang untuk berniaga. Tak tau nak tanya pada siapa, jadi dengan segera saya bertanya kepada En. Google. Senang. Cepat. Nasib baik semua bahan yang diperlukan ada. Sorang-sorang kat dapur dan buat roti ni..


Ini hasilnya.....tadaaaaaa......
(macam cekodok je...hehe...bkn ye..ini roti arab hasil tangan saya yang tak seni)

Saja nak share resepinya :)

Bahan-bahan:

  • 1 peket (11gm) yis mauripan
  • 1 Sb gula
  • 1/4 cawan air
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula
  • 2 sb marjerin @ mentega
  • 200 ml susu cair
  • minyak utk menggoreng
  • Air secukupnya -masukkan sikit -sikit

Cara-cara

  1. Masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
  2. Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
  3. Kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.
  4. Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
  5. Tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
  6. Selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
  7. Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.
  8. Bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
  9. Alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.
  10. Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging. SELAMAT MENCUBA..!
Sumber: myresipi.com

5 comments:

Anonymous said...

macam cekodok jea..

-imran erbakan

Habib AlWafiy said...

haish...ni rupenye??? adei2. nak satu. pepagi nie..lapo..

akalili said...

imran: erkkkk..ini bukan cekodok..ini roti arab..lebih lembut dan best dr cekodok...serius..tgn akak x seni..nampak cm cekodok je...he

habib: roti ni x sebest dan secantik bdk FB buat...tp cukup utk mengenyangkan perut..;)

Faruqi said...

hebat2..xpenah buat roti kt umah..kt lab jer..

akalili said...

hehe...buat kt umah xde peralatan canggih cm kat lab...^-^