Saturday, June 26, 2010

Nilaian Ilmu~

Ramai yang masih berdebar-debar untuk melihat keputusan peperiksaan semester lepas. Bagi yang sudah mengetahui keputusan, ada yang tersenyum gembira kerana mendapat keputusan yang cemerlang dan tidak kurang juga yang bermuram durja kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang baru diperolehi.

Bagi saya, wajib untuk mensyukuri apa yang diperolehi kerana itulah yang terbaik untuk kita. Itulah yang setimpal dengan apa yang kita usahakan. Bagi yang telah berusaha gigih, namun masih tidak dapat mencapai target yang telah ditetapkan, ketahuilah nilaian ilmu itu tidak dapat diukur dengan hanya melihat nilai PNGK yang tertulis di atas kertas.

Apalah gunanya PNGK melambung tinggi, namun ilmu yang lekat di hati untuk diamal tidak standing dengan nilai PNGK yang diterima. Kita belajar bukanlah beroriantasikan peperiksaan semata. Kita belajar kerana wajib ke atas kita selaku muslim untuk menuntut ilmu. Tidak dinafikan PNGK merupakan perkara yang penting, namun PNGK bukanlah segala-galanya. Itu yang perlu dan harus kita sedari dan fahami.

p/s: Mensyukuri apa yang Allah kurniakan. Masih perlu banyak belajar. Kerana semakin banyak kita terokai, semakin banyak yang kita tidak ketahui. Ilmu Allah itu maha luas...Allahuakbar~

No comments: