Friday, December 30, 2011

Dia Sangat Baik!



"You mau pergi mana? I boleh hantar. Nanti I hantar You balik rumah", kata dia bila dia tahu
aku ada urusan dan perlu ke bank.

"Eh, takpe. I boleh pergi jalan kaki saja after kerja", aku senyum menghargai pelawaan dia.

"Tak apa meh. I memang nak pergi sana", kata dia.

Itu memang kebiasaan. Dia akan mengatakan begitu sekiranya tahu aku perlu ke mana-mana. Jika aku menolak, dia akan kata dia memang akan ke tempat itu. Jadi, setiap kali aku tidak
dapat menolak.

"Sudah lewat malam, tak apa, I ambil You di stesen lrt", kata dia kepada rakan sebilik aku, Naquiah. Bila menolak, dia akan kata dia sudah dalam perjalanan untuk ambil di stesen lrt.

Dia memang begitu. Terlalu baik, selalu membantu bila diperlukan, tidak mengharap balasan. Selama setahun aku bekerja, dia juga tidak jemu dan kedekut berkongsi ilmu.

Ramadhan yang lalu, aku seperti kebiasaan akan memberitahu kepada dia sekiranya ingin ke surau untuk solat zuhur supaya bos aku tidak tercari-cari sekiranya aku hilang.



" I pun mau ikut You sembahyang", kata dia tiba-tiba. Hati aku tersentak. Allah. Aku hanya mampu berkata-kata dalam hati ketika itu. Ayat itu keluar dari mulut dia disebabkan oleh apa? Seriuskah? Atau sekadar untuk bergurau dengan aku pada waktu itu.

"Oh, You mau ikut. Tak apa, nanti kita buka puasa sama-sama dulu ya", aku senyum dan berlalu ke surau untuk solat. Panjang aku termenung sesudah solat zuhur kali itu. Seriuskah kata dia tadi? Jika sekadar bergurau, mengapa sampai terfikir untuk bergurau yang itu. Aku terfikir.

.......................................................................................................................

"K.nana, macam mana pula dengan non-muslim yang berbuat baik, tidak m
elakukan maksiat seperti yang dilarang dalam Islam, tidakkah amalan baik mereka dikira? Tanya seorang sahabat kepada naqibah kami semasa kami sedang berusrah di surau blok c3, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

"Adik-adik, apa akan jadi kalau kita masukkan duit ke akaun yang salah? Tanya K.nana kembali kepada kami. Semua memandang ke arah aku ketika itu kerana aku satu-satunya ahli usrah dari jurusan perakaunan.


"Errr...Duit tu hilang. Tak ada dalam akaun kita. Rugilah sebab termasuk akaun orang lain", aku menjawab dengan senyum kambing.


" Ya, macam itulah juga dalam kes ini. Walau sebanyak mana amalan yang non-muslim buat, ianya tidak dihitung sebagai pahala. Kan sayang tu, kita simpan duit banyak-banyak, tapi duit tu tak ada pun dalam akaun kita. Kita ingat kita dah 'kaya', rupanya kita masih tak ada apa-apa", panjang jawapan dari K.nana.

Aku teringat kembali perbincangan usrah kami lima tahun yang lalu.

....................................................................................................................................

"Nanti I akan sedih bila You tak ada", kata dia dengan wajah sedih berulang-ulang kali semenjak aku menghantar notis berhenti kerja.

"Ye ke You akan sedih bila I tak ada? Ke You sedih sebab nanti kerja You makin bertambah bila I tak ada?hehe", aku cuba melawak dengan dia seperti kebiasaan.

"Dua-dua pun I sedih..hehe", jawab dia dalam tawa.

~K.A.M.I~

Percubaan memakai selendang...huhu...^_^V


"Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman" Surah Al-an'am.

Allah, moga hidayahMu menjadi milik dia. Amin ya rabb.