Thursday, June 18, 2009

...Sedihnya aku...


27 & 28 Mei 2009

Aku bergegas pulang ke kampung hari itu sehingga aku terpaksa menghantar wakil untuk mnghadiri meeting gara-gara aku perlu turun ke sekolah lamaku. Aku mempunyai beberapa taklifan yang perlu aku selesaikan di sekolahku itu.

Selain itu, aku juga terlalu ingin bertemu dengan cikgu-cikgu di sana. Hati benar-benar tersentuh bila teringat kembali pada sms yang dibalas oleh seorang cikgu setelah aku menghantar sms untuk mengucapkan selamat hari guru pada 16 Mei yang lalu.

"Thanks akalili sebab ingat kat teacher lagi. Teacher rindu awak. Rajin-rajin la datang TAHAP. Tengok adik-adik kat sini"

Begitulah lebih kurang bunyinya sms dari warden aku dulu, teacher Wawa.

Dan alhamdulillah, hari yang dijanjikan tiba. Aku ditemani seorang sahabat yang akan membantuku menyelesaikan tugasanku itu.

Di bilik guru pagi itu…

"Siapa tu? Cikgu yang baru masuk praktikal ke?"

Seorang cikgu yang mejanya selang dua tiga buah dari sofa tempat cikgu-cikgu perempuan berkumpul bertanya dengan suara yang kuat.

Aku dan seorang lagi sahabatku tersenyum dan kami sama-sama menjawab.

"Tak lah, ustazah. Kami ex-student sini".

"Ai, tak kan salam dengan cikgu-cikgu kat sana je? Dengan saya kat sini tak nak salam ke?"

Cikgu itu bertanya lagi.

Waktu itu, aku dan sahabatku baru sampai ke bilik guru. Kebetulan cikgu-cikgu ramai yang sedang berkumpul di sofa dan kebetulan juga mereka semua cikgu-cikgu yang aku kenali. Setelah bersalaman dengan cikgu-cikgu yang sedang berbual di ruang tengah bilik guru, macam-macam soalan yang di tanya oleh cikgu-cikgu. Sedang belajar di mana, ambil kursus apa, itu dan ini. Maklumlah, memang sudah lama tidak berjumpa dengan mereka.

Tiba-tiba sahaja seorang cikgu yang mejanya tidak jauh dari tempat aku berdiri berkata begitu. Tersentak juga aku. Aku dan sahabatku itu sememangnya ingin bersalaman dengan semua cikgu yang ada di bilik guru ketika itu setelah habis menjawab pertanyaan cikgu-cikgu tadi.

Aku terus menghampiri cikgu tersebut.

"Maaf ustazah, memang nak salam dengan ustazah. Tapi tadi tersangkut kat sana".

Aku cuba untuk senyum pada wajah ustazah yang masam itu sambil aku menghulur tangan untuk bersalaman dengan cikgu tersebut. Namun huluran tangan aku dipandang sepi, tidak bersambut. Sekali lagi hati aku tersentak.

"Alah kak, kami kat sini yang banyak tanya tadi. Bukannya budak-budak tu tak nak salam".

Ustazah Rosmariyah membela aku dan sahabat.

"Batch bila ni?". Tanya cikgu itu lagi

"Kami batch SPM 2005". Aku menjawab

"Ooo, patutlah. Saya tak ajar kat sini lagi tahun 2005. Saya tak ajar kamu. Takpe la. Saya saje je td. Pergi la sambung cerita tadi".

Jawab cikgu tersebut sambil terus menyambung kerjanya. Huluran tangan aku tidak juga bersambut. Aku berlalu untuk bersalaman dengan cikgu yang lain setelah huluran tangan aku sekali lagi tidak disambut.

Dan hari itu, hari yang sedih buat aku. Tidak pernah aku berasa sedih sebegitu apabila aku turun ke sekolah pada sebelum ini.

Aku sedih kerana aku tidak sangka bahawa seorang guru boleh melakukan begitu. Maafkan aku, mungkin aku bukan orang yang terbaik untuk bercakap soal akhlak dan adab. Namun aku merasakan bahawa tindakan guru itu tidak wajar. Lebih-lebih lagi guru itu mempunyai title ustazah. Yang sepatutnya lebih arif tentang ilmu akhlak dan adab.

Aku tidak pernah mengharapkan kedatanganku ke sekolah disambut dan dirai. Dan aku yakin sahabat-sahabatku yang lain juga begitu. Kami tidak pernah mengharapkan kedatangan kami dihampar dengan permaidani merah.

Kami turun ke sekolah atas dasar cinta pada bumi itu. Bumi tempat kami dididik, tempat kami ditarbiyah sebelum kami berada di tahap yang kami ada ketika ini. Kami turun atas dasar sayang pada cikgu-cikgu yang banyak memberi tunjuk ajar pada kami sebelum ini, kami sayangkan adik-adik yang masih menuntut ilmu di sana.

Aku menghormatimu wahai guru. Aku telah terasuh sejak kecil, bahkan turut juga dididik oleh cikgu-cikgu di bumi TAHAP itu untuk menghormati orang tua. Biarpun dirimu itu tidak pernah mengajar aku. Biarpun dirimu itu baru menjejakkan kaki di bumi TAHAP itu. Aku akan tetap menghormatimu wahai guru.

Namun sememangnya tindakanmu itu menyebabkan hati ini berasa sedih. Terfikir di minda ini. Bagaimana adik-adik tercinta di bumi TAHAP itu dididik olehmu? Adakah akhlak seperti itu yang diajar olehmu kepada adik-adikku sehinggakan saban hari bumi tercinta TAHAP semakin hilang gahnya?

Ya allah, ampunkan dosaku. Aku tahu tulisanku ini banyak khilafnya. Justeru, aku pohon ampun dan maaf andai ianya ada mengguris hati dan perasaan orang yang membaca terutamanya buat insan yang bergelar guru.

1 comment:

ayaharith said...

sedihnye cite akak

sape cikgu tu ye?
hehe..

saye pon mesti x kenal

lame x dtg tahap, nak dtg sangat, tp mcm segan..

ape2 pon, akak kena kuat!

=)