Thursday, August 27, 2009

Dia Sahabat Seperjuanganku~


"Salam. Li salah send kredit ke?" tanya sahabatku itu.


Aku memang sengaja share kredit dengan dia semasa aku dalam bas pulang dari kampus petang tadi. Aku segera menjawab.


"Tak salah send pun. Memang nak share kredit dengan awak lah."


"Nape Li? Li ada masalah ke? Li sihat tak?" bertalu-talu soalan yang dia ajukan sehinggakan aku tersenyum sendiri membaca sms itu.


"Tak ada masalah pun. Saja je nak share kredit. Awak sihat ke?". Aku bertanya kembali.


"Saya tak ok."


Aku segera membalas sms dia. "Nape? Sakit ke? Ada masalah?"


"Haah, ada masalah. Masalah saya rindu kat Lili. Rindu nak ada orang jaga bila sakit, rindu nak ada orang teman malam-malam bila assignment tak siap lagi, rindu nak borak dan tidur sama-sama, rindu nak nangis atas bahu orang yang bernama sahabat". Panjang balasan dari dia.


Aku tergamam. Tanpa aku sedari, air mata bergenang. Terharu. Tidak terkata.


Tanpa ada hubungan darah, tanpa ada hubungan persaudaraan, kita menjalinkan ukhuwah.

Biar kita terpisah beribu batu, namun kesatuan hati itu tetap ada kerana kita menjalinkan ukhwah berdasarkan AKIDAH.

Biar dulu kita pernah berselisih faham, namun kita atasinya dengan berlapang dada.


Masih aku ingat, saat aku bersengkang mata sehingga ke waktu subuh menyiapkan assignment. Dia turut sama bersengkang mata membantu aku menyiapkan assignment walaupun dia tidak mengambil kursus yang sama dengan aku. Tapi dia sanggup berkorban untuk aku.


Saat aku terlantar sakit kerana keracunan makanan di saat peperiksaan akhir semester 2 matrikulasi, dia yang menjaga aku. Menjaga kebajikan itu dan ini.


Ketika aku 'down' menghadapi pelbagai ujian tahun pertama di universiti ini, dia seringkali hadir tika aku sangat memerlukan. Tidak cukup dengan itu, dia juga meminta naqibahnya turut memberi semangat untuk aku dengan harapan aku akan terus tabah menghadapi ujian. Sehingga kini, aku terus menjalinkan ukhwah dengan naqibahnya.


Sahabat, sokonganmu memang tidak pernah henti.
Terima kasih atas segalanya, sahabat.
Aku gembira andai dirimu gembira.
Aku menyayangimu kerana Allah.
Aku ingin hidup dan mati kita kerana Allah.
Amin~



*Ku pohon Ya Allah...
moga ukhwah kami teguh buat selamanya...
kerana dia sahabatku..
kerana pada jalanMu kami bertemu..
kerana hati kami bertaut ketika memadu kasihMu..

*Ku pohon, lindungi dia dengan maghfirahMu..
agar kekuatannya terletak pada iman dan taqwa, bukan pada nafsu..
agar jiwanya tidak mudah dimamah bisikan syaitan yang palsu dan merugikan...

1 comment:

enigma said...

syangilah dia selgi dia msih menyayangimu,
rinduilah dia selagi dia msih merinduimu,
dekatilah dia selgi dia msih igin dsampingmu,
jagalah dia selgi dia masih setia b'smamu,
ingatilah dia selgi dia masih memerlukanmu,
sentuhlah dia selgi dia masih ingin b'mesra dgnmu,
renunglah dia selgi dia masih wujud dcc,
& genggamlah dia selgi dia tidak pergi jauh dari hati...