Monday, August 31, 2009

Tangguh Sebat Cetus Debat

salam...
sekadar pengkongsian dr email yg aku dapat dari seorang sahabat...
..............................................................................................
Saya sendiri keliru tentang penangguhan hukuman ini. Mengapa boleh terjadinya demikian??
Sepatutnya hukuman yang telah ditetapkan tarikhnya oleh mahkamah MESTI dilaksanakan, jika tidak bukankah ianya boleh dianggap telah mengHINA mahkamah.

Isu penangguhan juga dengan alasan yang tidak masuk akal:

1. Untuk menghormati bulan RAMADAN.
Apakah pihak mahkamah (Hakim) tidak menyedari @ mengetahui tarikh hukuman yang ditetapkan itu jatuh dalam bulan Ramadan sebelum hukuman dijatuhkan. Siapa nak dipersalahkan dalam hal ini.... Hakim??

2. Tiada petugas yang bertauliah untuk melaksanakan hukuman.
Sekiranya tiada petugas yg bertauliah, siapa yang menjalankan hukuman rotan ini di Penjara selama ini?? Mengapa pula hukuman terhadap Kartika boleh dilaksanakan selepas Hari Raya. Mungkin diwaktu itu baru ada petugas yg bertauliah..

Saya menyokong penuh kenyataan YDP & bekas YDP YADIM kerana kenyataan yg mengatakan hukuman terhadap Kartika tidak akan mendatangkan kemudaratan padanya. Hukuman sebat ini sekadar peringatn & pengajaran shj.

Berkenaan kenyataan Tun M & Shahrizat, saya tak mahu komen apa2..... Tepuk dada tanya iman. Sesungguhnya akan ramai lagi yg akan memberi komen yg sebegitu kerana pandangan mereka yang tidak memahami akan hukum Allah yang telah termaktub di dalam Al-Quran. Dengan kata lain mereka2 ini adalah dalam golongan org2 yg 'BODOH SOMBONG'.
Ramai bercanggah pendapat Jaip tunda rotan Kartika KUALA LUMPUR: Tokoh agama serta pemimpin masyarakat dan politik bercanggah pendapat berhubung keputusan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menangguhkan pelaksanaan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno berhubung kesalahan meminum arak.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata keputusan Jaip menggambarkan sesetengah pihak kurang yakin dengan pelaksanaan undang-undang syariah. "Hukuman itu tidak wajar ditangguhkan dengan alasan untuk menghormati Ramadan. Jika berpegang kepada alasan itu, maka semua hukuman terhadap pesalah yang ingin dijalankan pada bulan ini (Ramadan) perlu ditangguhkan".
Bekas Yang Dipertua Yadim, Datuk Dasuki Ahmad, juga berpendapat hukuman itu seharusnya diteruskan walaupun pada bulan Ramadan bagi mengelak salah tanggapan masyarakat terhadap pelaksanaan undang-undang syariah. "Apabila mahkamah sudah menjatuhkan hukuman dan pesalah sedia menerima hukuman terbabit, apa salahnya jika melaksanakannya walaupun di bulan Ramadan. Tujuan kita hendak mendidik bukannya mendera".

Tapi.. kenyataan Tun Dr Mahathir & Shahrizat paling BAHAYA!!

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melalui laman blognya mempersoalkan hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah terhadap Kartika, sama ada ia keputusan tepat dan adakah terdapat peruntukan dalam undang-undang Syariah di negara ini.

TIDAK SEDARKAH MEREKA YG MEREKA BERCAKAP TENTANG HUKUM HUDUD.. HUKUM ALLAH!! JIKA MEREKA MENDAKWA HUDUD ITU ZALIM MAKA MEREKA MENUDUH ALLAH ITU ZALIM!! ASTARGHFIRULLAH. ..

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula memuji tindakan Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan hukuman itu ditangguhkan.

"Apa yang kita risau, corak hukuman itu boleh memberikan impak buruk kepada negara ini seperti Malaysia dianggap mengamalkan sistem yang zalim," katanya.

"Saya tidak melihat perkara ini sebagai satu isu asalkan pelaksanaannya tidak menunjukkan ia dibuat atas faktor Kartika ini seorang wanita. Bagi saya, ini bukannya cara terbaik untuk mendidik apatah lagi hukuman ini keputusan yang tepat atau tidak. "Kita perlu melihat perkara ini dalam konteks yang lebih luas. Dasar wanita yang baru juga akan mengambil kira semua ini agar tidak ada pihak yang teraniaya atau menjadi mangsa hanya kerana mereka ini seorang wanita," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

inilah akibatnya bila politik sekular campurtangan dalam hukum islam.negara islam konon. mcm ni ke negara islam??? menteri yg yg tak faham islam cube jd hero/jaguh dalam isu ini. patutnya 80 sebatan, tp 6 tu dah kira ok dah. hidup2 hidup islam, hancur2 hancur sekular.