Saturday, August 8, 2009

H1N1: Dari Perspektif Yang Berbeza

Kita diberi kurnia oleh ALLAH satu nikmat yang tak dapat dijual beli lagi. Sekiranya hilang nikmat ini nescaya orang sanggup bergadai berjuta-juta ringgit untuk mendapatkannya. Itulah nikmat MATA. Salam seharian kita menggunakan mata untuk pelbagai kerja. Untuk membaca, menulis, makan, minum, bergerak dan sebagainya. Tanpa mata sukar untuk kita menjalani kahidupan seharian.

Secara mudahnya, dalam perjalanan hidup, kita sering dtunjukkan dengan NIKMAT dan BALA. kita nampak ianya dengan mata mahupun deria lain. namun kita jarang melihat perkara disebaliknya. Contohnya, kes terbaru adalah H1N1. kita asyik berkata ianya suatu bala dari ALLAH. Tidak dinafikan. Namun, pernahkah kita melihat ianya juga adalah suatu nikmat dari ALLAH?

KENAPA H1N1 ADALAH NIKMAT?

1. Disebabkan H1N1 ramai orang yang mula menghampirkan diri kepada ALLAH dengan bertawakkal pada NYA. "Ya ALLAH, dengan namaMU, aku berserah dan memohon kepadaMU. Engkau jauhkanlah penyakit ini dari kami dan ahli keluarga serta orang di sekeliling kami..." Antara doa yang seringkali di baca kini demi mengelak dari penyakit tersebut. Kemudaian mereka menjalankan solat hajat beramai-ramai. ALHAMDULILLAH...BUKANKAH ITU NIKMAT UNTUK KITA?

2. Begitu juga dengan penghidap penyakit tersebut. Mereka mula merasakan ajal telah hampir. Malaikat maut semakin hampir dan dengan itu akan dikuatkan amal ibadahnya, taubatnya dan segala amalan wajib dan sunat. Mulalah kelompongan amalan-amalan dulu di tampung kembali. Sekiranya dulu tidak pernah solat, di waktu ini di cukupkan sembahyangnya, dibanyakkan amalannya. BUKANKAH ITU NIKMAT BAGI MEREKA???

3. Pada yang di kuarantin pula, sekiranya dahulu dinyatakan mahupun terdetik dihatinya kekurangan masa untuk beribadah dan mendekatkan diri kepadaNYA. Kini diberi kerehatan oleh ALLAH dari perihal keduniaan untuknya mendekatkan diri kepadaNYA.

TIDAK CUKUP BANYAK LAGIKAH NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN DARI PERKARA YANG KITA ANGGAP BALA ITU???


p/s: Setiap yg berlaku pasti ade hikmahnye kerana Allah tidak pernah dan tak akan melakukan kesilapan. Apabila kita brada dalam kebuntuan, tenang dan ikutilah jalan yg telah ditetapkan Nya. sekiranya jalan itu berduri dan penuh liku, yakinlah bahawa pada akhirnya pasti akan bertemu dgn kebahagiaan yg tak dpt d ungkapkan oleh kata-kata....

No comments: