Tuesday, August 25, 2009

Tanpa tajuk

salam buat semua...


Lama aku tidak menulis sendiri di blog ini. Mood menulis tidak datang, kekuatan itu tidak ada. Aku tidak langsung memberi respon pada perkara-perkara semasa. Hanya mengarang di minda namun tidak juga tertulis di sini.


Tidak tahu mengapa. Adakah kesibukan yang melanda menyebabkan diri ini kurang waktu untuk berkongsi? Mungkin juga. Setiap minggu telah tersusun jadual program yang perlu diikuti. Disamping jadual belajar yang sememangnya sudah penuh. Bukan aku ingin mengeluh dengan kesibukan ini. Cuma ingin berkongsi rasa. Moga hari-hari yang aku lalui ini menjadi satu tarbiyah buat diri, mengumpul pengalaman, menambah ilmu bagi koreksi diri yang lemah ini. Aku mengharapkan itu. Amin Ya Rabb.


Akhir-akhir ini, kesihatan juga tidak mengizinkan. Gastrik sering kali menyinggah. Pantang diri ini lewat makan walaupun sekejap, mulalah perut meragam. Kesan yang di alami berhari-hari. Dugaan buat diri dalam menghadapi madrasah Ramadhan ini. Tarbiyah lagi buat diri.


Banyak sebenarnya yang ingin dikongsi. Namun,tulisan kali ini tiada isi yang khusus. Ianya lebih kepada luahan rasa. Moga diri ini lebih bersemangat, sentiasa bersemangat dalam menghadapi segala ujian, cabaran dan dugaan dari pencipta. Mohon doa dari sahabat-sahabat semua.



"Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."(2:155)


"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami Telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta."(29:2-3)

4 comments:

DILFA said...

salam sahabat..
Moga dirimu sentiasa kuat untuk hadapi hari-hari yg mendatang..tarbiyah itu nikmat,khusus untuk org2 yg dipilihNYA sahaja..bersyukur dgn ujian yg diberikan biarpun kdgkala kita tidak mampu untuk hadapinya...:=)

akalili said...

Dilfa: syukran yg tedak terhingga buat dirimu..sering kali dan tidak pernah henti memberi semangat buat diriku...moga kita sama2 thabat dlm perjuangan ini...

Anonymous said...

Salaam... sahabtku, sebagai seorang pejuang kita juga memeikirkan ttg kesihatan kita... k,
take care- Roomate

Rabiatul said...

Kuatkan semangat Lili..Teruskan perjuanganmu..