Monday, May 4, 2009

Tarbiyah bukan untuk orang yang...


Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas..

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri..

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa..

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti..yang senang dan mudah join, yang penat dan bersusah payah elak..

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami..

bukan juga yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain..

bukan untuk orang yang hanya pandai cakap (dan menulis) je, tapi amal kosong..

bukan yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu..
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu..

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute..

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah..

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh..

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia macam boss, hanya tunggu information..

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar..

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara..

Aku menghitung diri.Terlalu kerap menuturkan.“aku busy..aku sibuk..aku penat..aku letih..”Adakah ini petandanya aku terlalu manja?Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

1 comment:

Anonymous said...

salam..
sama2 pebaiki diri..fikirlah yg mane lebih baik...untuk islam..